
Tidak dinafikan lagi, sepanjang tempoh pandemik Covd-19 ini ramai individu yang terkesan. Ada rakyat marhaen yang terputus bekalan makanan kerana hilang sumber pendapatan.
Malah, ada yang sanggup mencuri demi sesuap nasi untuk keluarga di rumah, apabila sudah mati akal nak cari duit dari mana.
Bagaimanapun, masih ada golongan yang tidak bersyukur dengan situasi mereka. Ini sehingga sanggup melakukan pembaziran dengan membuang makanan yang masih elok semata-mata mengikut perasaan.
Begitulah yang terjadi dimana seorang lelaki bertindak membuang semua telur ayam yang berada dalam kenderaan sebelum dicampakkan ke dalam sawah
Memetik laporan Merdeka, lelaki itu dipercayai merupakan seorang pengusaha telur ayam. Difahamkan, dia dalam keadaan marah kerana harga dagang yang ditawarkan terlalu murah.
Menerusi video tersebut, selepas merungut, dia mencampakkan kesemua telur ayam ke dalam sawah padi. Sambil dibantu oleh segelintir individu sementara perakam video meminta lelaki itu bersabar.
Berikutan itu, rata-rata warganet yang melihat kelakuan lelaki terbabit berasa sedih dan mengec4m tindakannya.
Banyak rumah anak yatim dan fakir miskin yang memerlukan
Buang rezeki sendiri, kebodohan batin yang besar
Contoh manusia sombong dan serakah
Sepatutnya beri kepada orang susah
Oleh kerana terlalu ikutkan emosi dan amarah, lelaki itu tidak sedar bahawa dia telah kerugian besar.
Malah, sifat tidak bersyukurnya juga semakin membuatkan ramai orang sakit hati dengan perbuatannya.
Sebagai manusia, selagi masih diberi rezeki, tidak perlulah mempersoalkan banyak mana.
Sebaliknya bersyukurlah dan berkongsilah juga dengan mereka yang lebih memerlukan.
Tonton Video:
Sumber: merdeka.com
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply