“Ini Bukan Throwback..”- Azrinaz Mazhar Hakim Umum HamiI Lagi Di usia 42 tahun

BEKAS personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, 42, mengumumkan dia kini sedang sarat hamiI anak keempat.

Perkongsian itu dibuat Azrinaz menerusi laman Instagramnya pada Isnin dengan memuat naik gambarnya yang jelas kelihatan baby bump.

Ini bukan throwback

“Ini bukan gambar throwback. Apa yang anda lihat memang sedang berlaku sekarang.

“Saya kini ham1l anak keempat. Sekarang saya sedang sarat ham1l tujuh bulan atau lebih tepat lagi kandungan ini sudah memasuki minggu ke-30. Alhamdulilah syukur,” katanya.

Azrinaz berkata, dia tidak menyangkakan akan ham1l sekali lagi dalam jarak masa yang agak dekat dengan anaknya sebelum ini, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Azrinaz walau bagaimanapun tidak mendedahkan jantina kandungannya itu.

Azrinaz berkongsikan berita kehamilannya di laman Instagram.

“Allah memberikan rezeki kepada saya dan suami dengan memberikan satu lagi amanah zuriat untuk kami jaga di kala usia begini.

Ini bukan gambar throwback. Apa yang anda lihat memang sedang berlaku sekarang.

AZRINAZ MAZHAR HAKIM

BEKAS PERSONALITI TV

“Saya tidak menyangka akan sekali lagi ham1l dengan jarak usia yang agak rapat dengan Areesya Malaykha, tapi buat apa nak tunggu lagi sedangkan saya boleh melakukannya sekarang.

“Doakan proses bersal1n anak ini nanti berjalan dengan selamat dan lancar, InsyaAllah,” katanya.

Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 45, pada 1 Mei 2018 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Azrinaz.

Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di TV3, namun mula rapat sejak tahun 2017 sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.

Azrinaz sebelum ini pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005 dan hasil perkahwinan itu Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13 tahun.

Sedikit info mengenai Azrinaz 

Azrinaz Mazhar Hakim (lahir 28 September 1979) merupakan bekas isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah, Sultan Brunei, dengan gelaran ketika itu, Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar. Beliau merupakan bekas wartawan TV3.

Azrinaz Mazhar, atau mesra dengan panggilan Naz merupakan jurusan Diploma Penyiaran di Institut Media Integratif Malaysia (MIIM) pada 1997 dan bekerja sebagai Eksekutif Wartawan Penyiaran TV3 pada 1999. Beliau muncul dalam Buletin Pagi TV3 , Berita Terkini dan Buletin 1.30.

Hamil Kali Ketiga, Tahniah Azrinaz Mazhar Hakim!

Beliau terpilih sebagai Wartawan Harapan TV3 pada 2000, selain menerima Anugerah Alumni MIIM 2002. Beliau keluar dari TV3 pada Mei 2005.

Azrinaz lahir pada 23 September 1979 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan anak kepada Hakim Mazhar Mohd Johar dan ibunya Fauziah Abdullah Mansoor.

Mazrinaz berkahwin dengan Sultan Brunei pada 20 Ogos 2005 di Kuala Lumpur.

Madu Azrinaz pada ketika itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Pada 16 Jun 2010, Sultan Hassanal Bolkiah (63) menceraikan isteri keduanya Azrinaz Mazhar Hakim (26) dengan talak satu. Berita itu disahkan melalui Radio Televisyen Brunei dan laman web. Gelaran diraja Brunei ‘Yang Teramat Mulia Pengiran’ dan lain-lain gelaran ditarik balik. Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar AS$20 bilion (RM65.25 bilion).

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*