Ramai Marah Ustaz Ebit Tak Dibenar Teruskan Bantuan Di Semporna, Rupanya Ini Fakta Yang Kita Tak Tahu

Sejak petang tadi, kecoh media sosial selepas pendakwah dan aktivis kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa duka dan kecewanya kerana terpaksa menangguhkan misi-misi bantuan termasuk membina sekolah untuk orang Bajau Laut di pulau-pulau berdekatan perairan Semporna, Sabah.

Difahamkan beliau terpaksa membatalkan hasratnya atas sebab-sebab tertentu dan boleh berdepan hukuman sekiranya melanggar arahan tersebut.

“Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di Pulau-Pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

“Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna Minta diberhentikan bantuan disekitar sini. Saya diberitahu antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun.

“Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang. Bukan sekolah saya. Tiada caj. Lebih kepada tempat nak aktiviti dan pendidikan. Sebab dekat sana tiada tempat untuk buat begitu. Dari bot jer bagi bantuan”

Beliau yang difahamkan sudahpun membeli segala barangan seperti kayu untuk membina sekolah atau pusat masyarakat tersebut bagaimanapun turut menjelaskan yang beliau faham dan akur dengan arahan yang diberikan.

Terharu dengan sikap prihatin anggota kesel4matan dan penduduk Sabah

Bahkan beliau turut meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan dan sikap anggota kesel4matan dan penduduk Sabah yang disifatkan beliau umpama keluarga sendiri.

Menerusi perkongsian sama beliau turut memaklumkan akan terus ke Tawau diiringi anggota kesel4matan untuk meneruskan misi bantuan beliau di sana pula.

“Tadi ramai men4ngis sedih termasuk anggota yang patutnya bawa kami ke Pulau-pulau. Saya terharu sifat baik dan kasih sayang orang Sabah. Macam keluarga sendiri.

“Sayang semua seperti mereka sayang saya. Saya sayang semua. Saya maafkan semua. Saya tidak berkecil hati perjuangan di teruskan. Saya akan terus ke Tawau dan tunggu flight di Tawau.

Sempurna sumbangan sedikit tempat di Tawau yang saya janji. Terima kasih semua. Sehingga berjumpa lagi jika ditakdirkan Allah. Saya serahkan segala urusan kepada Allah. Cukuplah kepada Allah orang mukmin itu berserah.

Perkongsian tersebut bagaimanapun menyebabkan segelintir netizen marah dan tertanya-tanya kenapakah Ustaz Ebit dihalang walhal misinya hanya untuk menghulurkan bantuan kepada mereka di sana dan serata Sabah.

Malah usahanya sebelum ini turut mendapat sokongan dari pasukan kesel4matan dan aktivisi di sana yang turut bersama-sama berganding bahu menghulurkan bantuan kepada orang-orang Bajau Laut.

Beliau juga berjaya mengislamkan ratusan masyarakat Bajau Laut yang tidak beragama khususnya di Pulau Tatagan sepanjang menjalankan misi bantuan disana.
Peta Pulau Tagatan di Perairan Sampoerna

Tiada sebarang halangan, arahan hentikan program bantuan Ebit Lew di Sabah – Hazani

Sementara itu, portal Kosmo melap0rkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali memaklumkan pihaknya serta Kawasan Kesel4matan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak pernah mengh4ang atau mengeluarkan sebarang arahan bagi menghentikan sebarang program bantuan pend4kwah terkenal, ustaz Ebit Lew di kawasan terbabit.

“Polis malahan sentiasa mengalukan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.

“Bagaimanapun, pihak berkenaan digalakkan untuk merujuk dengan pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.

“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan pihak tertentu termasuklah ustaz Ebit Lew,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Hazani menyatakan kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan Perintah Berkurung dikuatkuasakan meliputi perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Bagaimanapun, beliau menyatakan perintah berkenaan dikeluarkan adalah bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicer0boh pengg4nas yang meng4ncam kesel4matan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

“Ia tidak kena-mengena dengan program yang dianjurkan sukarelawan atau pihak NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.

“Cuma kita minta beliau rvjuk dengan pihak berwajib adalah bagi mengenalpasti status pulau dan penduduk terbabit,” katanya.

Isu kesel4matan Ustaz Ebit Lew

Meskipun tidak dijelaskan secara terperinci, ramai beranggapan isu ini sebenarnya berkait rapat dengan isu kesel4matan Ustaz Ebit Lew. Pendakwah kesayangan kita ini sebenarnya boleh dikategorikan sebagai Very Very Importan Person (VVIP) yang sangat berpengaruh.


Sebut sahaja namanya pasti satu Malaysia mengenali dan menyenangi sikapnya.

Namun lokasi pulau-pulau yang terletak di perairan Sampoerna tersebut sebenarnya merupakan kawasan ‘Redzone’, berb4haya dan berisiko tinggi yang terletak di bawah Zon Kesel4matan Pantai Timur Sabah (Esszone)

Apa itu Esszone ?

Esszone ditandakan dengan warna merah

Orang Sabah dan Sarawak dan penjawat awam mungkin sudah cukup familiar dengan Esszone. Esszone sebenarnya merupakan sebuah zon yang telah dilancarkan pada tahun 2013 oleh bekas Perdana Menteri, DS Najib Razak ekoran dari krisis pencer0b0han dan beberapa siri penculikan yang kerap berlaku di Sabah.

Merangkumi 10 daerah seperti Kudat, Kota Marudu,  Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu,  Kunak,  Semporna dan Tawau, zon ini dikawal oleh ESSCOM iaitu ejen penguatkuasaan kesel4matan yang terdiri dari pasukan kesel4matan negara dari ATM yang bekerjama dengan pasuka Pasukan Gerakan Am (PGA).

Secara ringkasnya lokasi di sini dikawal ketat demi kesel4matan penduduk Sabah dalam usaha kerajaan melindungi mereka dari ancaman b4haya luar termasuk dari penculik, lanun-lanun, pengg4nas dan pelbagai lagi b4haya.

Untuk ke daerah lainnya pula seperti di barat Sabah, kami yakin beliau tidak di halang untuk meneruskan kerja-kerja amal beliau…

Tragedi Pencer0b0han Lahad Datu

Bercerita mengenai Esszone, selain tragedi penculikan dan penyeludupan, insiden terburuk yang pernah dikaitkan dengan kawasan ini adalah Tragedi Pencer0b0han Lahad Datu, membabitkan 235 pengg4nas Filipina yang telah menyebabkan 9 anggota kesel4matan negara dari pelbagai unit seperti VAT 69 (Komando) , Cawangan Khas Bukit Aman, PGA, Polis IPD Tawau dan Batalition 7 (RAMD) terkorban.

Antara anggota kesel4matan yang terk0rban semasa pencer0bohan Lahad Datu oleh pengg4nas

Malah ramai penduduk Sabah sendiri mengakui takut untuk ke kawasan seperti perairan Sampoerna kerana khuatirkan kesel4matan mereka.

Justeru berbalik kepada isu kesel4matan di atas, besar kemungkinan pasukan kesel4matan negara risaukan keadaan dan kesel4matan Ustaz Ebit yang bersatus VVIP sepanjang beliau disana dikhuatiri aktivis itu akan menjadi sasaran individu atau kumpulan yang mempunyai niat tidak baik.

Meskipun rombongannya sentiasa diiringi sejumlah anggota dari beberapa unit kesel4matan seperti APMM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan 69 Komando, PGA dan Angkatan Tentera Malaysia namun dilihat dari faktor geopolitik, apa sahaja perkara ‘di luar jangkaan’ mungkin boleh berlaku .

Justeru langkah terbaik adalah dengan menghentikan sementara segala misi-misi bantuan ini demi kebaikan semua.

Ustaz Ebit yang sentiasa diiringi pasukan kesel4matan di Esszone

Bukan warganegara Malaysia

Meskipun ramai mengetahui Ustaz Ebit akan menghulurkan bantuan pada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, dan bangsa seseorang, namun tindakan murni aktivis kesayangan kita meredah lautan untuk membantu masyarakat Bajau Laut di sana yang rata-ratanya bukan berstatus warganegara haruslah di puji.

Ya! Rata-rata masyarakat di sana bukan berstatus warganegara, malah majoriti mereka juga tidak mempunyai identiti pengenalan diri.

Untuk anda yang tidak tahu, asal usul Orang Bajau Laut di perairan Sampoerna adalah tidak jelas namun yang berpendapat mereka berasal dari negara jiran seperti Filipina dan Indonesia.

Ini kerana kehidupan secara Nomad mereka dari ratusan tahun dahulu yang lebih gemar tinggal di atas bot atau rumah yang di bina di atas lautan di Sabah. Ini menyebabkan mereka tidak mendapat status warganegara meskipun bergelar etnik di Sabah sejak dahulu lagi.

Satu lagi faktor yang harus di teliti, walaupun mereka begitu terkenal sebagai etnik yang cintakan kedamaian, tidak agresif malah kurang bercampur dengan etnik lain, namun keadaaan mereka yang tidak beridentiti dan mempunyai dokumen yang sah mungkin menyukarkan pasukan kesel4matan untuk mengenal pasti dengan siapakah mereka sedang berurusan atau dalam bahasa mudahnya adakah KAWAN atau LAWAN.

Apa-apapun kami begitu menghargai usaha keras Ustaz Ebit Lew dan berharap impian beliau untuk membantu mereka sekali lagi akan dapat diusahakan dan diteruskan selepas ini.

Orang Bajau Laut atau Orang Pala’u atau Raja Laut, atau apa sahaja panggilan mereka.. mereka kini adalah saudara kita. Mereka sudah menjadi sebahagian dari masyarakat kita.. lebih dari 50 tahun dahulu..

 

Sumber: Buzzkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*