(Video) Dikec4m Anak Baru 4 Bulan Tapi HamiI Lagi, Sekali Wanita Ini Ded4h Hal Sebenar..

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti impikan cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.

Ada yang mungkin mahukan hanya dua atau tiga orang anak sahaja, namun ada yang inginkan ramai anak sehingga 13 orang.

Tiada masalah untuk memiliki anak ramai, namun pasangan digalakkan untuk membuat perancangan terlebih dahulu agar usia anak tidak terlalu dekat.

Ini kerana ada yang bimbang jika usia anak terlalu rapat bimbang tidak dapat memberikan kasih sayang secukupnya kerana terlalu fokus dengan anak yang baru.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang wanita yang berkongsikan dia disahkan hamil sekali lagi walaupun baru saja menimang cahaya mata pada Oktober tahun lalu.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, wanita bernama Suryana itu berkata anaknya baru berusia empat bulan namun dia mengandung lagi.

Perkongsian tersebut hanya untuk berkongsikan khabar gembira apabila dikurniakan cahaya mata lagi, bagaimanapun menerima kec4man daripada netizen yang tidak bersetuju lebih-lebih lagi jarak anak yang bakal dilahirkan kelak terlalu dekat dengan anak bongsunya itu.

Wanita tampil jelaskan perkara sebenar..

Tidak mudah melatah dengan kec4man netizen, Suryana kemudian memuat naik satu lagi video menjelaskan perkara sebenar.

Melihatkan jawapan oleh wanita itu, netizen hanya memberi nasihat supaya merancang keluarga di masa akan datang untuk kebaikan mereka sekeluarga.

Malah, ramai yang meluahkan rasa kasihan pada anak bongsu wanita itu yang belum cukup kasih sayang tetapi akan dapat adik baru lagi.

Kata netizen lagi, memang tidak dapat dinafikan anak merupakan rezeki tetapi jarakkan kehamilan serta dalam masa sama merancang keluarga untuk menjaga rahim.

Dalam pada itu, ada yang mempertikaikan mereka yang mengecam dengan mengatakan sudah rezeki buat pasangan itu untuk dikurniakan cahaya mata lagi.

@suryana.rahim

#fyp

♬ Yalili – Sarah👽🤪❤️

Insyaallah akan lebih hati-hati lepas ni..

@suryana.rahim

Insyaallah akan lebih berhati2 lagi lepas ni😆#fyp

♬ Adu Mama e Ada Cowok Baju Hitam Mix By DJ Desa – Hunters 🗡️🛡️ SUGI21

Kata netizen lagi, tiada masalah untuk mempunyai anak ramai asalkan berkemampuan.

NAK TENGOK VIDEO SILA KE TIKTOK DIA YE.. @suryana_89

 

Sumber: Tiktok, Gulapop

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*