“Kau kac4u famili aku, kau rasa kau siapa?”- Akim beng4ng model Vietnam tvduh Stacy kuat cembvru, MV ‘R4mpas’ disvnting bvang aksi sens1tif

Akim Ahmad bengang dengan dakwaan model muzik videonya yang menuduh Stacy cemburu.

GARA-GARA lakonannya dalam muzik video (MV) R4mpas nyanyian kumpulan Akim & The Majistret (ATM) tidak dikeluarkan, seorang model berketurunan Jerman-Vietnam yang dikenali sebagai Jade Yanh meluahkan kekecewaannya di Twitter.

Menurut model tersebut, dia diberitahu aksinya terpaksa ditapis kerana isteri kepada vokalis kumpulan tersebut cemburu menonton babak-babak dalam MV berkenaan.

“Kisah ini masih kedengaran lucu kerana saya ke Malaysia untuk membintangi satu muzik video tapi ia tidak jadi ditayangkan.

“Saya difahamkan isteri kepada vokalis utama kumpulan itu cemburu (dengan babak-babak dalam MV tersebut),” katanya.

Jade meluahkan perasaan di Twitter.

Menyedari ciapan tersebut ditujukan kepadanya, Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 30, kemudiannya tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Menurut Akim, tindakan pihaknya menapis beberapa babak yang menampilkan wanita terbabit kerana mahu menjaga sens1tiviti masyarakat.

R4mpas itu tulisan khas atas pemergian orang yang paling saya sayang, ibu saya. Dengan MV yang pada saya agak sens1tif dan keterlaluan, saya rasa tak sesuai untuk saya keluarkan.

AKIM AHMAD

PENYANYI

Menurut suami penyanyi Stacy Anam itu, dia merasakan babak-babak yang dilakonkannya bersama model tersebut adalah tidak bersesuaian dengan situasi yang melibatkan dirinya dan keluarga pada ketika itu.

R4mpas itu tulisan khas atas pemergian orang yang paling saya sayang, ibu saya. Dengan MV yang pada saya agak sensitif dan keterlaluan, saya rasa tak sesuai untuk saya keluarkan.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua sebab saya masih berpegang pada adat dan budaya timur.

“Saya dah keh1langan ibu, kalau saya keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang Asia, apa pula pandangan kekecewaan yang akan saya dapat daripada ayah saya? Saya tak nak kecewakan ayah dan keluarga,” kata Akim.

Akim menjelaskan sebab sebenar kenapa MV R4mpas edisi pertama tidak jadi ditayangkan.

Akim turut menyifatkan t1ndakan model tersebut sebagai menjej4skan perasaannya terutamanya pada hari ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Stacy.

Penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Stacy, 31, pada 5 Februari 2016.

Pasangan itu mempunyai dua anak perempuan termasuk seorang anak angkat iaitu, Bella De Luna Valentina, 9, dan Eshaal yang kini berusia empat tahun.

“Hari ini ulang tahun perkahwinan aku, kau k4cau keluarga aku? Kau rasa kau siapa?” luahnya.

Antara salah satu babak dalam MV R4mpas.

Untuk rekod, ibu Akim mninggal dunia pada 5 Mei 2018 akibat k0mplikasi buah pinggang.

MV R4mpas dilancarkan di saluran YouTube pada 7 September tahun yang sama dan kini mencatat lebih 12 juta tontonan.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*