“Dia main ‘salam k4ut’ je..”- Norman Hakim terharu, giliran anak gadis pula hulur duit hasil bisnes ‘online’

Setiap anak pasti mempunyai hasrat untuk membahagiakan ibu bapa dengan pelbagai cara, sekali gus dapat membalas jasa mereka sepanjang membesarkan kita.

Sebelum ini, pelakon Norman Hakim berkongsi di laman Instagram dimana anak lelakinya yang dikenali sebagai Danish Hakim telah memberi wang perbelanjaan.

Terbaru, giliran anak perempuannya pula Marissa Dania turut melakukan perkara sama dengan menghulurkan ‘duit poket’ kepada pelakon drama The Maid tersebut.

Alhamdulillah, hikmah disebalik PKP

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786)

Menurut pelakon berusia 45 tahun itu, dia begitu bersyukur dan seb4k kerana duit yang diberikan oleh anaknya itu merupakan hasil titik peluh perniagaan secara ‘online’ yang dilakukan.

“Saya seb4k bukan sebab dapat duit tapi, sebab nikmat, rahmat dan barakah rezeki yang Allah bakal gandakan untuk anak-anak saya.

“Alhamdulillah hikmah sebalik PKP, saya nampak ikhtiar anak-anak untuk buat pendapatan melalui atas talian. Itu pun dia belajar dari apa yang kita buat,” tulisnya di kapsyen

Long story short, terima kasih banyak2 cayang papa @marissadania_ untuk jariah ini. Pandai eh,dia main ‘salam k4ut’ je pastu tu terus cabvt lari dalam rumah.

Terpinga2 papa ingat duit apa la ni kat tangan.Baby @m_danishaa jangan bagi pulak lepas ni sbb baby belum buat income sendiri lagi tau cayang

Papa doakan anak2 papa semua menjadi soleh solehah diiringi kejayaan duniawi & ukhrawi Aamiin Ya Rabb

Di akhir posting itu, Norman sempat berseloroh dan berpesan agar anak ketiganya iaitu Maria Danisha tidak memberi wang seperti yang dilakukan oleh abang dan kakaknya.

Perkongsian pelakon drama bersiri Gerak Khas itu menerima pujian daripada warganet yang turut bangga dengan tindakan dilakukan oleh remaja yang berusia 16 tahun itu.

Alhamdulillah, anak yang solehah

Murah rezeki anak bagi rezeki dekat ayah

Hebat betul keluarga ini, suka tengok

Memang bagus betul ya anak-anak Norman ini. InsyaAllah semoga kita semua dapat berbakti kepada kedua ibu bapa. Amin!

 

Sumber: Instagram Norman Hakim, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*