“Saya bagi isteri jawab”- Edika Yusof ded4h sering dihubungi wanita lain sejak isteri saklt

Kisah mengenai aktor kacak, Edika Yusof sememangnya sudah diketahui ramai kerana sering menerima pujian yang terus setia menjaga isterinya Nor Hidayah yang lumpuh sejak 16 tahun lalu.

Menerusi laporan BH Online, pelakon filem Maria Mariana itu berkata untuk menjaga keharmonian rumah tangga adalah amat penting dengan sentiasa bersikap jujur terhadap pasangan masing-masing.

“Sepanjang berkahwin, saya tak pernah menyorokkan sebarang perkara daripada pengetahuan isteri. Saya akui, cabaran amat besar apabila bergelar pelakon. Sentiasa ada wanita yang cuba mendekati saya.

“Sejak isteri saya saklt, saya sering menerima panggilan daripada wanita. Sampai sekarang masih ada dan saya tidak melayannya. Ada juga yang menghubungi saya, tapi saya serahkan pada isteri untuk menjawabnya,” jelasnya.

Malah aktor berusia 54 tahun itu turut mengakui dia melakukan pelbagai rutin harian bersama isterinya, justeru tiada apa yang harus dirahsiakan.

“Bukan hendak berlagak hebat, tetapi semua ini kuasa Tuhan, Cuma selagi boleh elak, saya elak. Ini kerana jika kita cuba sorok sesuatu, lambat laun Tuhan akan tunjuk juga,” ujarnya yang sanggup membotakkan kepala selama bertahun-tahun berikutan tidak mahu diganggu.

Perkara berkenaan juga sempat diakui Nor Hidayah yang mengakui suaminya seorang yang amat berterus terang dalam hubungan sebagai suami isteri.

Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nazirul Afiq, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.

 

Sumber: BH Online

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*