Wow! Malaysia Negara Ke-3 Paling Ramai Sugar D4ddy Di Asia

Menurut SeekingArrangement, jurang antara orang kaya dan miskin di Asia meningkat dalam dua dekad, mendorong lebih ramai wanita mencari lelaki lebih berusia kerana pelbagai faktor.

Bunyi dan perkataan ‘sugar d4ddy’ sudah cukup kedengaran janggal buat kita. Meskipun ia selalu disebut dan ramai yang tahu kan maksudnya, namun kebanyakan dari kita pasti beranggapan bahawa tidak ramai lelaki yang bergelar ‘sugar d4ddy’ di Malaysia.

Namun siapa sangka, tinjauan yang dilakukan sebuah aplikasi ‘dating’ iaitu Seeking Arrangement mendapati terdapat 42,500  individu bergelar sugar d4ddy di negara ini.

Menerusi laporan FMT, jumlah ini meletakkan Malaysia sebagai negara ke-3 paling ramai sugar d4ddy di Asia.

 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Seeking Arrangement, Brandon Wade menerusi satu kenyataan menjelaskan faktor ini disumbang kerana jurang antara golongan kaya dan miskin yang semakin meningkat.

Keadaan ini membuatkan ramai wanita mula terdorong untuk mencari lelaki yang lebih berusia atas beberapa faktor

Tambah Brandon lagi, perkembangan ekonomi yang pesat di rantau Asia turut menyumbang kepada peningkatan angka tersebut dimana semakin ramai pelabur asing menjalankan perniagaan dan kehidupan di sini.

“Platform seperti SeekingArrangment membantu menghubungkan wanita muda dengan lelaki lebih kaya, tidak hanya membantu masalah kewangan mereka tetapi sebagai mentor atau ‘pintu masuk’ bagi melancarkan masa depan yang dijanjikan untuk gadis simpanan ini,”

“Tidak mengejutkan mengapa Asia seolah-olah menjadi sarang ‘sugar d4ddy ’ untuk berpasangan terutama dalam kalangan demografi bandar,” jelasnya.

Laman berkenaan turut menyenaraikan 10 negara asia dengan sugar d4ddy tertinggi yang didominasi negara India di tempat pertama dengan jumlah 338,000 diikuti negara jiran, Indonesia dengan 60,250.

Turutan penuh di bawah :

  1. India – 338,000
  2. Indonesia – 60,250
  3. Malaysia – 42,500
  4. Jepun- 32,500
  5. Hong Kong – 28,600
  6. Taiwan – 27,300
  7. Vietnam – 12,000
  8. Korea Selatan – 7,000
  9. Sri Lanka – 5,000
  10. Kemboja– 3,500

 

Sumber: FMTBuzzkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*