
Umum mengetahui, gelaran ‘Dato’ bagi kedua-dua pelakon tempatan ini iaitu Farid Kamil dan Boy Iman telah dib4talkan oleh Sultan Pahang yang berkuatkuasa pada 1 Februari lalu.
Terbaru, Farid Kamil, memuat naik satu posting di Instagram di mana dia meluahkan rasa hormat dan menerima keputusan dari pihak Istana Pahang.
Saya berbesar hati
View this post on Instagram
Assalamualaikum w.b.t. Sejak 16 Disember 2017 saya amat berbangga dan berbesar hati membawa gelaran Dato’ yang dikurniakan oleh Istana Pahang. Saya menjunjung kasih di atas penganugerahan tertinggi dalam hidup saya ini dan menerimanya dengan penuh kerendahan diri pada ketika itu.
Hari ini juga saya dengan penuh rasa hormat menerima keputusan dari pihak Istana Pahang menarik balik gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’ kepada saya. Saya kini dalam usaha memasarkan filem Remp-it 2 yang akan menemui penonton dalam tahun ini juga. Salam Hormat, Farid Kamil Zahari.
Menurut Farid, dia berasa bangga dan berbesar hati kerana Istana Pahang telah menganugerahkannya gelaran ‘Dato’ pada tahun 2017. Tambahnya lagi, dia turut berasa hormat dan menerima keputusan bahawa gelaran yang diberikan kepadanya itu ditar1k balik.
Belum terima sebarang surat
Setakat ini saya belum menerima sebarang surat rasmi daripada Kerajaan Pahang berhubung penarikan balik darjah kebesaran. Saya tidak kec3wa namun saya sendiri terkejvt apabila dapat tahu daripada kawan-kawan media bukan daripada surat yang sepatutnya diberikan kepada saya melalui pihak istana. Saya rasa sedikit ralat kerana apa yang dilakukan tidak melambangkan kredibiliti atau pr0tokol sedangkan saya sendiri tidak menerima sebarang surat rasmi daripada pihak istana sampai hari ini.
Saya tak ber4ni nak komen panjang. Saya tunggu sampai Jumaat ini kalau belum ada apa-apa surat istana atau SUK Pahang, saya sendiri melalui peguam saya akan tulis surat kepada pihak mereka. Sebab bagi saya, surat rasmi kepada mereka yang terlibat (ditar1k balik darjah kebesaran) harus didahulukan sebelum memberi kenyataan media kepada wartawan.
Menerusi laporan Kosmo, Boy Iman memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut sehinggalah dihubungi pihak media untuk mendapatkan maklum balas. D4kwanya, penar1kan balik darjah kebesaran tersebut juga dilakukan tidak mengikut saluran yang betul sebelum disebarkan kepada orang ramai melalui media.
Tambahnya, dia tidak akan teragak-agak untuk menulis surat sendiri kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (SUK Pahang) untuk bertanyakan sebab sebenar mengapa darjah kebesaran yang diberikan kepadanya ditar1k balik.
Gelaran ‘Datuk’ Pelakon Farid Kamil, Boy Iman Ditarik Sultan Pahang Berkuatkuasa 1 Februari 2021
Terdahulu, gelaran Datuk bagi pelakon Farid Kamil, Boy Iman antara dibatalkan Sultan Pahang berkuatkuasa 1 Februari lalu. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri kepada Bernama.
Gelaran Datuk bagi pelakon Farid Kamil, Boy Iman antara dibatalkan Sultan Pahang berkuatkuasa 1 Feb – Setiausaha Kerajaan Negeri pic.twitter.com/KA9urPMDGJ
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 10, 2021
Mengulas lanjut, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang merangkap Pendaftar Darjah, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu atas titah Yang di Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurutnya, penarikan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk kepada dua pelakon itu berkuatkuasa dari tarikh surat penar1kkan darjah kebesaran itu pada 1 Februari lalu.
“Penar1kan darjah kebesaran (DIMP) itu turut melibatkan tiga penerima lain,, Wong Shee Kai @ Ricky, Tran Thi Mai @ Maimunah dan pemimpin sebuah NGO, Syed Mohammad Faiz Syed Azemman” katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.
Dr Sallehuddin berkata, individu tersebut tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah – Darjah Kebesaran dan Bintang – Bintang Negeri Pahang.
Sumber: Farid Kamil, Kosmo, Ohbulan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply