
Berang dengan urusan jual beli tanah yang tertunda sejak 2016, pelakon Abby Abadi kini enggan terus berdiam diri dan ingin menuntut kembali wang cagaran bernilai hampir RM160,000.
Jelas Abby, urusan pembelian tanah tersebut dilakukan bersama seorang individu dikenali sebagai Maslan Urmin, namun terp.aksa dilupakan buat seketika kerana banyak manipulasi dan pen.ipuan telah berlaku.
Dia yang pada asalnya ingin mendirikan rumah di tanah berkenaan terp.aksa melupakan hasrat tersebut apabila terlalu banyak putar belit, namun tidak juga selesai.
Pelakon drama Gerak Khas ini turut memberitahu bahawa ada ramai pembeli turut terpedaya dan menjadi m.angsa kepada individu terbabit.
Tambah pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, dia kini tidak mampu bersabar lagi memandangkan perkara tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun.
“Sekejap cakap lain, sekejap cakap lain pulak. Sudahnya hampir lima tahun berlalu, tak juga selesai lagi. Saya diam ja sebelum ini. Ada dalam group baca ja perbualan antara pembeli-pembeli lain yang menjadi mangsa juga.
Nak buat itu, nak buat ini. Bukan sikit duit saya beli tanah ni, RM160,000, masa 2016 dulu. Itu ja yang ada. Mak bantu juga, agar anaknya ada harta. Impian konon nak beli tanah, nak buat rumah sebab kita ni anak. Tapi macam kena main pula.”
Dia menjelaskan hanya ingin haknya dikembalikan kerana bersusah payah mencari rezeki bukan untuk dit.ipu dan diperdaya.
View this post on Instagram
Abby dalam pada itu turut meminta bantuan netizen mencari dimanakah lokasi individu tersebut. Setakat artikel ini ditulis, difahamkan lelaki berkenaan telah dijumpai hasil bantuan netizen yang menjejaki di mana keberadaan lelaki itu pada ketika ini.
Update terbaru di laman media sosial beliau.
View this post on Instagram
Sumber: BeautifulNara, Instagram Abby Abadi, Cari
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply