“Rasa tak sedap badan..”- Syafiq Farhain p0sitif C0vid-19

Penyanyi bersuara serak basah, Syafiq Farhain berkongsi satu perkhabaran sedih menerusi Instastory dimana dia disahkan p0sitif C0vid-19 melalui keputusan ‘swab test’ yang dijalani semalam.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim memaklumkan dia melakukan ujian itu apabila dia mula berasa tidak sedap badan sebelum hasil ujian tersebut mendapati p0sitif C0vid-19.

“Saya membuat ‘swab test’ semalam, selepas rasa tak sedap badan. Kini, keputusannya p0sitif. Jika sesiapa merasakan mereka k0ntak rapat saya, lebih baik pergi buat pemeriksaan. Maafkan saya kerana menyusahkan,” katanya.

Selain bergiat dalam dunia seni, Syafiq yang juga anak kepada Allahyarham Saleem Iklim bekerja tetap sebagai anggota bomba dan bertugas di ibu pejabat di Putrajaya.

Penyanyi berusia 27 tahun itu dikenali ramai dengan lagu Sayang Maafkan Aku pada 2017 dan muncul naib juara program Big Stage musim pertama pada 2018.

 

Sumber: Harian Metro, Instagram Syafiq Farhain

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*