Pesawat Malaysia Airlines dihiasi Jalur Gemilang terbangkan v4ksin C0VID-19

Pesawat Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines akan membawa Vaksin Pfizer-BioNTech ke Zon Bebas Komersil (FKZ) MasKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Malaysia akan menerima sebanyak 312,390 dos Vaksin Pfizer-BioNTech Ahad ini. - Foto MALAYSIAAIRPORT

PUTRAJAYA: Pesawat penumpang Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines yang dihiasi Jalur Gemilang bakal menempa sejarah apabila ditugaskan untuk menerbangkan v4ksin C0VID-19 jenis Pfizer-BioNTech untuk keperluan Malaysia pada Ahad ini.

Pesawat berkenaan akan membawa 312,390 dos v4ksin Pfizer-BioNTech untuk penghantaran pertama ke Malaysia menjelang Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini.

Ketua Pegawai Operasi MAB Kargo Sdn Bhd (MASkargo) Mohd Zulkefly Ujang berkata pemilihan pesawat yang mempunyai livery Jalur Gemilang adalah simbolik yang melambangkan v4ksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia.

“Kita ada banyak pesawat dengan livery tertentu seperti Harimau Malaya, jadi pemilihan pesawat ini sudah tentunya kerana ada Jalur Gemilang untuk tunjukkan yang ini adalah untuk rakyat Malaysia ,” katanya kepada Bernama.

Pesawat Airbus A330-300 milik Malaysia Airlines akan membawa Vaksin Pfizer-BioNTech ke Zon Bebas Komersil (FKZ) MasKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Malaysia akan menerima sebanyak 312,390 dos Vaksin Pfizer-BioNTech Ahad ini. - Foto MALAYSIAAIRPORT

MASkargo adalah cabang kargo Malaysia Airlines Bhd. MASkargo diberi tanggungjawab menyelaras proses penerimaan v4ksin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mohd Zulkefly berkata, tiada pengubahsuaian perlu dilakukan terhadap pesawat penumpang tersebut bagi membawa v4ksin berkenaan kerana hanya bahagian kargo pesawat akan digunakan bagi tujuan tersebut.

Katanya, sejak pandem1k C0VID-19 melanda, banyak pesawat penumpang digunakan untuk perkhidmatan kargo bagi memastikan hubungan perdagangan dengan negara luar dapat dilaksanakan.

“Ketika pandem1k penumpang tiada. Oleh itu, kita laksanakan alternatif digelar P2C iaitu penumpang kepada kargo yang mana pesawat penumpang membawa peralatan seperti test-kit C0VID-19, kelengkapan perlindungan diri (PPE) dan pelitup muka,” katanya.

Mengenai persiapan di lokasi ketibaan v4ksin, Mohd Zulkefly berkata persiapan rapi sedang dijalankan di Advanced Cargo Centre (ACC), KLIA bagi memastikan proses penerimaan berjalan lancar.

“Kita akan pastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang C0VID-19 seperti penjarakan fizikal dipatuhi oleh semua yang hadir,” katanya.

Image result for muhyiddin yassin vaksin

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu, memaklumkan v4ksin C0VID-19 jenis Pfizer-BioNTech akan tiba di Ahad ini, menjelang pelaksanaan Program Imunisasi C0VID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Februari ini.

Muhyiddin akan menerima sunt1kan v4ksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.

Fasa pertama program imunisasi itu bermula Februari hingga April membabitka petugas barisan hadapan, diikuti fasa kedua bermula April hingga Ogos bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Fasa ketiga pula membabitkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas bermula dari Mei hingga Februari tahun hadapan.

 

Sumber: BERNAMA, BH ONline

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Pesawat Malaysia Airlines dihiasi Jalur Gemilang terbangkan v4ksin C0VID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*