Rakan ‘B0cor Rahsia’, Uqasha Dan Kamal Adli Dah Mula Buat Persiapan Majlis Kahwin

Wah, nampaknya memang sah tidak lama lagi kita akan mendengar khabar gembira daripada pasangan merpati dua sejoli iaitu Kamal Adli dah Uqasha Senrose yang dikatakan sudah mula membuat persiapan bagi majlis perkahwinan mereka.

Menerusi Instagram story yang dimuat naik oleh Uqasha, ada tertulis caption ‘maid in honour‘ pada fotonya bersama salah seorang teman rapatnya.

Lebih jelas lagi apabila teman Uqasha yang dikenali sebagai Qairool Ain turut memuat naik fotonya bersama Uqasha dengan caption yang penuh makna.

“MY BEST FRIEND IS GETTING MARRIED!!!!!! AND IM GONNA BE HER MAID OF HONOR

 

Maka dengan itu kemungkinan Qairool bakal menjadi salah seorang bridesmaid bagi majlis Uqasha bersama Kamal.

Sebelum ini, Kamal ada memaklumkan bahawa kemungkinan mereka berdua akan mendirikan rumah tangga selepas Aidilfitri tahun ini.

Tetapi tentang tarikh, lokasi atau apa sahaja mengenai majlis itu masih lagi dalam perbincangan kedua-dua belah pihak.

Apa pun semoga urusan Kamal dan Uqasha akan dipermudahkan oleh-Nya!

 

Sumber: Instagram Qairool Ain, Riverbed

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*