
TOKOH ilmu tafsir dan ahli kitab dunia, Sheikh Mohamad Ali al-Sabuni mninggal dunia pada usia 91 tahun di kediamannya di Yalova, Turki.
Dilahirkan pada 1930 di daerah Halab, Syria, Sheikh Mohamad Ali al-Sabuni cukup terkenal dengan ulasannya yang mudah dan ringkas dibaca berkenaan dengan Al-Quran.
Salah satu tafsir al-Sabouni yang paling berpeng4ruh adalah Tafsir Ayat Al-Ahkam dan juga pener0kaan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan keputusan dan hvkum.
Sheikh al-Sabouni dibesarkan dalam kalangan keluarga terpelajar. Ayahnya, Syaikh Jamil, merupakan salah seorang ulama terulung di Aleppo.
Beliau memperoleh pendidikan dasar dan formal mengenai bahasa Arab, ilmu waris, dan ilmu-ilmu agama di bawah bimbingan langsung daripada ayahnya.
Sejak zaman muda lagi, Pengerusi Majlis Ulama Syria ini telah berjaya menghafal Al-Quran dan sekaligus bekerjasama dengan beberapa ulama Syria yang amat terkenal pada waktu itu.
Pemergian Sheikh Mohamad Ali al-Sabuni juga turut dirasai oleh kebanyakan cendek1awan ters0hor termasuklah Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, yang mengucapkan t4kziah di laman sosial Twitter beliau.
“Semoga Allah mengasihani saudara kita Sheikh Muhammad Ali As Sabouni, ketua persatuan ulama syria dan salah seorang ulama tafsir yang paling terkenal pada zaman kita.
“Saya berdoa agar Allah meng4mpuni dan mengasihani beliau, dan memberi p4hala kepadanya untuk Islam dan bangsanya ; yang terbaik yang memberi penghargaan kepada para pendakwah yang ikhlas dan para sarjana yang bekerja,” katanya.
Turut men4ngisi pemergian Sheikh As Sabouni ialah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang menzahirkan t4kziah atas pemergian beliau.
“Sejujurnya, saya amat mengakui betapa mendalamnya penguasaan alm4rhum yang saya anggap setara dengan almarhum Syeikh Mutawwali al-Sya’rawi, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Amin al-Syinqiti dalam bidang tafsir.
“Kepada pencinta alm4rhum Syeikh Muhammad Ali al-Sobuni, marilah sama-sama kita mengadakan s0lat jnazah gh4ib. Saya berd0a kepada Allah SWT agar alm4rhum ditempatkan dalam kalangan para Nabi, siddiqin, syuhada’ dan s0leh. Saya amat sed1h dengan pemergian ini,” ujarnya.
Allahyarham Sheikh Ali al-Sabuni pernah menyeb4rkan d4kwahnya ke Malaysia. Pada usia yang melebihi 90 tahun, semangat dan hikmahnya amat luar biasa.
Beliau juga l4ntang menentang kekej4man kerajaan pimpinan Bashar Al.Ass4d dan menyeru rakyat Malaysia untuk membantu warga Syria dalam apa bentuk bantuan sekalipun.
Sumber: Facebook Dr Zulkifli AL Bakri, CC, Ummahtoday
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply