Cara Mudah Keluarkan Duit Tanpa Menggunakan Kad ATM.. Mudahnya!

Pernah tak anda tengah seronok shopping tiba-tiba baru perasan purse tertinggal? Atau lebih menyedihkan anda baru sahaja mengalami kehilangan kad dan memerlukan cash pada saat itu juga?

Jangan panik! Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaian. Mungkin tak semua orang tahu sebenarnya kita boleh mengeluarkan duit di ATM tanpa menggunakan kad walaupun sebenarnya kaedah ini telah lama dilancarkan oleh Maybank sejak tahun 2014.

Sebelum itu, diingatkan perk0ngsian ini hanya untuk pemilik akaun Maybank sahaja. Selain itu, sekiranya anda ingin menggunakan kaedah ini, anda perlu mempunyai akaun Maybank2U dan akan dikenakan cas perkhidmatan sebanyak RM 1.06.

Jadi pastikan anda telah mendaftar di aplikasi Maybank2U. Kalau dah ada, mari kita teruskan dengan langkah seterusnya.

So, ini dia step by step yang boleh anda ikut untuk mengeluarkan wang di ATM tanpa menggunakan kad.

Sekarang ini pastikan anda ada telefon bimbit dan aplikasi Maybank2U.

Langkah 1: Login Maybank2u

Untuk menggunakan perkhidmatan cardless withdrawal ini anda perlu mempunyai akaun Maybank2u. Sila log masuk ke akaun anda.

Masukkan anda punya kata nama dan juga kata laluan.

Langkah 2: Klik pada Cardless Withdrawal

Langkah 3: Masukkan Nombor Telefon & Amaun Yang Ingin Dikeluarkan

Di skrin nanti akan ditunjukkan nombor telefon yang anda daftarkan untuk perbankan elektronik Maybank.

Selepas itu, anda boleh pilih amaun atau jumlah yang anda ingin keluarkan. Peringatan ya, anda boleh keluarkan minimum RM 100 dan maksimum RM 300 sahaja. Tak boleh banyak-banyak tau!

Kemudian tap pada “Continue”

Langkah 4: Request Nombor TAC

Sekarang anda perlu mohon nombor TAC dan masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan. Kalau anda pakai pengesahan dalam apps, tekan proceed.

Kemudian, tekan  “Confirm”

Sekarang anda akan menerima SMS kod 16 digit untuk digunakan di ATM. anda disarankan untuk terus cari mana-mana ATM Maybank untuk keluarkan duit anda.

Langkah 5: Sentuh skrin untuk pilih bahasa

Foto: Intan Berlian

Langkah 6 : Pilih Pengeluaran Tanpa Kad

Foto: Intan Berlian

Pilih menu “Pengeluaran Tanpa Kad” di belah kiri skrin mesin.

Langkah 7: Klik pada ‘Teruskan’

Foto: Intan Berlian

Baca dulu apa yang tertulis di skrin ya, fahamkan segala maklumat dan arahan yang diberi.

Anda boleh tekan ‘Teruskan’ selepas selesai membaca.

Langkah 8: Masukkan kod 16 digit transaction ID

Foto: Intan Berlian

Ok, sekarang masukkan kod 16 digit yang ada terima melalui teks tadi di transaction ID tersebut.

Sekarang, anda akan dapat satu lagi mesej/SMS dari Maybank. Dalam mesej tu ada 6 digit pengesahan.

Langkah 9: Masukkan Kod Pengeluaran/Withdrawal Code

Foto: Intan Berlian

Masukkan withdrawal code 6 digit yang dapat dalam SMS tadi.
dan klik “Ya”.

Langkah 10: Ambil Duit Dan Resit

Foto: Intan Berlian

Bravo! Settle dah anda withdraw duit tanpa kad ATM. Senang saja kan?

Lepas ni anda dah boleh keluarkan duit walaupun tertinggal kad ATM Maybank di rumah. Mudah sahaja kan? Hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda sahaja anda dah boleh keluarkan cash di mesin ATM.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat yang banyak kepada semua yang membaca artikel ini. Selamat mencuba!

 

Sumber: BK

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*