‘D0akan saya memeluk Islam’ – Ryan

Kajang: “Saya tertarik untuk menimba ilmu dan mengkaji keistimewaan ajaran Islam. Saya cuba mencari maklumat di Internet, selebihnya bertanya dengan rakan, ustaz dan ustazah jika mahu mendapatkan kepastian mengenai sesuatu perkara,” kata seorang pemuda Tionghua, Ryan Wong Yong.

Dia juga gigih menimba ilmu dan berkongsi pengetahuan agama (Islam) yang ada dengan pengikutnya di aplikasi TikTok.

Ryan, 18, juga terbuka berk0ngsi pelbagai mesej positif dan ajaran Islam dalam setiap video dimuat naiknya hingga meraih tontonan tinggi serta pendapat pujian daripada pengikutnya terutama yang beragama Islam.

Lebih menarik perhatian pengikutnya apabila Ryan turut sama berpuasa buat pertama kalinya sejak hari pertama Ramadan tahun ini.

Bercerita lanjut, Ryan yang juga penuntut Asasi Kewangan Akaun, Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar), Kuala Lumpur berkata, dia tertarik untuk mendalami ajaran Islam sejak tahun lalu.

Katanya, keinginan itu tercetvs selepas melihat rakan beragama Islam menunaikan kewajipan solat fardu.

“Selain rakan berbangsa Cina dan India, saya juga bergaul dengan pelajar Melayu ketika di sekolah dulu jadi banyak melihat amalan yang mereka lakukan, antaranya solat,” katanya ketika dihubungi.

Menyedari pengarvh TikTok dalam kalangan masyarakat khususnya golongan muda, Ryan mengambil kesempatan memanfaatkan platform berkenaan untuk menyampaikan mesej positif.

Usaha Ryan tidak sia-sia apabila perk0ngsiannya itu mendapat maklum balas positif daripada pengikutnya yang kini mencec4h hampir 19,000.

“Sebenarnya, niat saya hanya untuk mengajak orang melakukan kebaikan kerana itu yang dituntut dalam semua agama termasuk ajaran Islam.

“Jadi, saya k0ngsikan apa yang saya tahu dan belajar, tak sangka pula ramai pengikut teruja mungkin kerana saya berbangsa Cina.

“Ibu dan ayah tahu, mereka tiada hal4ngan selagi saya berk0ngsi perkara yang betul serta tidak menyentuh sensitiviti agama,” katanya.

Berk0ngsi pengalamannya berpuasa, Ryan berkata, rukun Islam ketiga itu dilakukan dengan keinginan sendiri dengan niat mencuba dan merasai kesusahan golongan kurang bernasib baik hidup tanpa makan dan minum.

“Tiga hari pertama, saya cuba berpuasa sehingga 6 petang saja dan permulaannya memang susah kerana tidak biasa berl4par serta menahan d4haga dalam tempoh lama.

“Bermula hari empat Ramadan, saya cuba berpuasa sehingga Maghrib dan dapat sesuaikan diri.

“Kebiasaannya, saya hanya bers4hur dengan menjamah biskut dan minum susu kurma serta ke restoran berhampiran rumah untuk berbuka puasa,” katanya yang tinggal berdua dengan kembarnya, Wong Yong Hei, manakala ibu dan ayahnya bekerja di Singapura.

Ditanya sama ada mahu memeluk Islam atau sebaliknya, Ryan mengakui menyimpan hasrat itu tetapi membiarkan masa yang menentukannya.

Ketika ini, dia lebih selesa mendalami ajaran Islam dan memahami kewajipan sebagai seorang Muslim.

“Memang pernah terdetik untuk memeluk Islam tetapi bukan sekarang.

“Ramai pengikut saya di TikTok mend0akan saya memeluk Islam dan mudah-mudahan ia akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

“Terima kasih atas sokongan diberikan dan saya akan terus berk0ngsi video dakwah untuk kebaikan bersama,” katanya yang menjadikan Ustaz Ebit Lew sebagai sumber inspirasi.

Ryan berkongsi pengalaman berbuka puasa bersama pengikutnya di TikTok. Foto Ihsan Ryan Wong YongRyan berk0ngsi pengalaman berbuka puasa bersama pengikutnya di TikTok. Foto Ihsan Ryan Wong Yong

 

Sumber: HMetro

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*