Fahmi Reza bebas terus sambung s1ndir Raja Permaisuri Agong

KUALA LUMPUR: Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza dibebaskan daripada tahanan reman, selepas ditahan sejak petang Jumaat.

Peguamnya, Rajsurian Pillai, memberitahu FMT, Fahmi keluar dari Balai Polis Dang Wangi pada 5.55 petang hari ini.

Tambahnya, polis telah merekodkan kenyataan Fahmi dan mengambil cap jarinya sebagai sebahagian siasatan.

“Fahmi kini bebas dengan jaminan polis,” kata Rajsurian. Selain Rajsurian, peguam Yohendra Nadarajan turut mewakili Fahmi.

Solidarity gathering for arrested designer Fahmi Reza outside Dang Wangi police station (VIDEO) | Malaysia | Malay Mail

Terdahulu hari ini, Mahkamah Majistret hanya membenarkan polis mereman Fahmi selama sehari bagi siasatan hasutan berhubung “playlist” Spotify yang dikatakan mempersendakan Raja Permaisuri Agong berhubung kenyataan baginda di Instagram.

Polis pada mulanya meminta perintah reman empat hari.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah mengongsikan di akaunnya mengenai memasak hidangan popular tempatan seperti bubur lambuk, roti john dan cucur jagung di dapur istana.

Susulan itu, seorang pengikut kemudian menyoal sama ada tukang masak istana turut disuntik vaksin Covid-19, yang dijawab baginda, “Dengki ke?”

Jawapan itu pantas menjadi popular di Twitter dengan ramai pengguna turut menggunakannya sebagai tanda pagar.< Fahmi membuat pelbagai “playlist” di Spotify dengan tajuk “This is dengki ke?” yang memaparkan gambar Permaisuri Agong. “Playlist” berkenaan kemudian diturunkan Spotify, menyebabkan artis itu berpindah menggunakan Apple Music. Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari membuat laporan polis terhadap Fahmi kerana mendakwanya menghina Permaisuri Agong. Ini bukan kali pertama Fahmi dibelenggu kontroversi. Pada 2016 dia didakwa mengikut undang-undang multimedia kerana karikatur badut menyerupai perdana menteri ketika itu, Najib Razak. – FMT

Hina Permaisuri Agong: Pereka grafik Fahmi Reza ditahan

Hina Permaisuri Agong: Fahmi Reza direman sehari - Semasa | mStar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan aktivis Fahmi Reza susulan hantaran dibuatnya mengenai Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Difahamkan Fahmi diberk4s kira-kira pukul 7 malam tadi dirumahnya sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan pen4hanan Fahmi kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, menurut Mohamad Zainal, siasatan akan dijalankan pasukan penyiasat Bukit Aman.

“Dia dit4han di l0kap IPD ini namun sias4tan dilakukan oleh Bukit Aman,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Fahmi Reza arrested for alleged sedition after creating "Dengki ke" Spotify playlist

Terdahulu, pengguna media sosial di Malaysia terkejut setelah Tunku Azizah Aminah menyahaktifkan akaun Istagram miliknya selepas tanda pagar #DengkiKe sohor kini dalam laman Twitter.

Tanda pagar itu merujuk kepada komen Permaisuri Agong di akaun Instagramnya, tidak lama sebelum akaun @airtangan_tunkuazizah dinyahaktifkan.

Dalam pada itu, tangkap layar komen yang dikongsi secara meluas itu disertakan keterangan tentang aktiviti petang Tunku Azizah di dapur bersama cef istana.

Seorang pengguna media sosial kemudian bertanya adakah tukang masak istana telah divaksin, yang kemudian dikatakan dijawab Tunku Azizah dengan “Dengki ke?”.

Susulan itu, Fahmi membuat hantaran menggunakan gambar Tunku Azizah dengan kapsyen ‘This is dengki ke?’ di Facebook yang dibuat sebagai gambar latar dalam aplikasi Spotify.

Hantaran yang dimuat naik Fahmi Reza di Facebook itu dikongsi semula lebih 700 pengguna laman sosial berkenaan.

 
Sumber: FMT, UTUSAN
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*