“Let0p Macam Maknya!”- Zila Bakarin K0ngsi Gambar Anak Perempuan

Sebelum ini ramai yang tak pernah tengok wajah anak perempuan Zila Bakarin. Baru-baru ini, Zila ada memuat naik gambar anak perempuannya iaitu Kaseh dan Cinta, masing-masing berusia 9 dan 12 tahun di Instagram.

Perkongsiannya itu telah berjaya menarik perhatian ramai. Bukan sahaja netizen, malah rakan-rakan artis turut memuji kecantikan anak-anaknya.

Penampilan Zila Bakarin yang dilihat semakin sopan juga turut meraih pujian ramai.

???Cantik dan letvp anak-anak sis..macam ibu dia juga.??? antara komen yang ditinggalkan.

Buat pengetahuan, Zila berhijab sekitar awal November 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial)

Zila berkahwin dengan Azri Izhar pada 2008.

Lepas ni adalah yang berangan nak jadikan Zila mak mentua. Tak begitu?

Zila Bakarin Dedah Tiada Job Selepas Bertudung

Zila Bakarin Berhijab

Dalam pada itu, pelakon Zila Bakarin mendedahkan dia tidak lagi diterima berlakon selepas berhijrah dan berhijab Februari lalu.

Menurut Zila, rata-rata tawaran yang datang mahukan imejnya terdahulu untuk sesuai dengan watak yang diberikan.

“Sejak saya berhijab februari lalu saya tiada job. Tawaran yang panggil saya berlakon semua mahu imej saya yang dahulu sesuai dengan watak Zila Bakarin dahulu.

“Seperti yang semua tahu nama Zila Bakarin terkenal dengan watak antagonis dan pakaiannya.

“Bila saya cakap saya dah pakai tudung, mereka terus minta maaf tidak dapat memberikan tawaran itu kerana watak tersebut tidak sesuai dengan imej baharu saya.

“Namun saya gembira kerana saya terima itu dengan reda dan saya percaya dengan rezeki Allah,” katanya.

Zila mended4hkan perkara tersebut ketika ditemu bual oleh penyampai radio Zayan Lin Ariffin semalam.

Temu bual itu dimuat naik ke akaun Instagram Zayan.

Pun begitu, Zila bersyukur kerana kini selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, rezekinya semakin murah.

“Selepas PKP, alhamdulilah rezeki saya mencurah-curah dan ia datang secara tiba-tiba tanpa didvga,” luahnya.

 

Sumber: Instagram Zila Bakarin, Trendingsangat.pw

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Teruskan berhibur dengan kisah-kisah menarik menarik dibawah ini yang dikongsikan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*