“Nak pegi mana tu..”- Aliran trafik ke Pantai Timur sesak

KUALA LUMPUR – Biarpun ibu negara kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan ses4k sejak awal pagi ini.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata, jumlah kenderaan meningkat seawal jam 8 pagi tadi menyebabkan keses4kan terutama di kawasan sebelum Plaza Tol Bentong.

Menurutnya, selain pertambahan pengguna jalan raya, keses4kan dipercayai berlaku susulan pemeriksaan ketat dilakukan polis di sekatan jalan raya di Plaza Tol Bentong.

LLM di laman Facebook turut memuat naik gambar menunjukkan kenderaan yang beratur dalam keses4kan lalu lintas di sepanjang jalan berkenaan sejak awal pagi tadi.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mengesahkan kepada Bernama berlaku peningkatan pergerakan kenderaan memasuki negeri berkenaan sejak semalam membabitkan tiga laluan pintu masuk iaitu Gua Musang, Pasir Puteh dan Jeli.

Menurutnya, sebanyak 75 kenderaan turut diarahkan berpatah balik susulan tidak mempunyai surat kebenaran merent4s negeri sepanjang pelaksanaan sekatan jalan raya di laluan masuk negeri berkenaan semalam.

Mengulas lanjut, Shafien berkata pihaknya akan menambah lima lagi sekatan jalan raya di negeri berkenaan yang berada di bawah PKP sejak 16 April lepas hingga 17 Mei ini.

“Selain itu, polis juga akan menambah bilangan pasukan penguat kuasa untuk memantau tahap pematuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam seperti pusat beli belah,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar menjelaskan bahawa sekatan jalan raya (SJR) di plaza tol berkenaan dilakukan bagi memastikan pengguna jalan raya yang merent4s negeri mempunyai dokumen lengkap dan mematuhi peraturan PKP.

Beliau mengakui pihaknya mengambil masa lebih lama supaya pemeriksaan terperinci dapat dilakukan bagi memastikan maklumat dalam surat kebenaran rent4s negeri sepadan maklumat penumpang setiap kenderaan.

Menurutnya majoriti pengguna jalan raya yang melalui SJR berkenaan merupakan ibu bapa yang mengambil anak di institut pengajian tinggi atau asrama, selain pasangan jarak jauh serta pekerja syarikat yang mempunyai kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Sejak pagi tadi, belum ada kompaun dikeluarkan dan semua pemandu dapat mengemukakan dokumen yang sah,” katanya.

Dalam pada itu, LLM berkata aliran trafik di semua laluan ke arah selatan dan utara tanah air dilaporkan berjalan lancar.

KDN arah operasi pantau SOP dipertingkat

Keadaan semasa di Lebuhraya Persekutuan menghala ke pusat bandar sedikit ses4k ekoran anggota polis membuat pemeriksaan dokumen kebenaran merent4s daerah atau negeri pengguna jalan raya. Foto Bernama

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan jabatan dan agensi penguatkuasaan meningkatkan bilangan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang mel4nggar pr0sedur 0perasi standard (SOP) yang telah diwartakan.

Jabatan dan agensi terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Kawasan Kesel4matan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Agensi Antiddh Kebangsaan dan Agensi Kawalan Sempadan.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata arahan itu dikeluarkan bagi memastikan penularan pandemik Covid-19 dapat dibendung dengan lebih berkesan dan menyeluruh terutama menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Selain menambah bilangan kekuatan anggota serta operasi sekatan jalan raya di lapangan, pemantauan ketat juga akan dijalankan bagi menghalang individu yang mengambil kesempatan untuk merent4s negeri atau daerah menggunakan pengangkutan awam seperti KTM Komuter, LRT, MRT, ERL, KL Monorail atau perkhidmatan e-hailing.

“KDN memantau rapat perkembangan penularan pandemik Covid-19 dalam negara dan menerima banyak laporan daripada jabatan serta agensi penguatkuasaan berhubung masalah kekurangan pematuhan terhadap SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan PKP di kawasan-kawasan tertentu di Selangor, Johor, Terengganu, Perak dan Kelantan serta seluruh Kuala Lumpur sebagai salah satu usaha bagi membendung penularan jangkitan Covid-19.

Semenjak PKP dilaksanakan dan sehingga kini, seramai 100,980 anggota dari pelbagai jabatan dan agensi KDN terlibat dalam penugasan Covid-19.

KDN menyeru semua pihak untuk terus mematuhi SOP yang telah diputuskan oleh kerajaan dan memberikan kerjasama jitu terhadap segala usaha dan langkah kerajaan bagi melindungi nyawa rakyat daripada ancaman pandemik COVID-19.

Semalam, Malaysia mencatatkan sejumlah 4,498 kes positif baharu Covid-19, menjadikan kes keseluruhan penularan dalam negara berjumlah 432,425 kes.

 

Sumber: Bernama

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*