Sbln aku bg rm100 je kt bini, mak aku bg byk. Smpai bini aku mningal, sebentuk cincin pun aku xpnh beli

Foto sekadar hiasan.

Assalam semua pembaca. Aku tahu kenapa bini aku lari. Dulu aku jahat, tak kerja, bini aku senyum je pelihara biawak hidup. mak aku adik bradik aku semua benci aku, tapi bini aku tetap hormat dan sayang aku. bini aku sabar je aku maaki aku pkul dia tak berenti doakan aku ajar aku solat ajaraku baca quran sampai aku jadi baik sikit la.

Bila aku jadi baik aku memang sayang sungguh kat bini aku ye la mak aku pun tak pernah paksa aku solat.. dulu mak aku pun tak pernah marah aku buat jahat, mak aku macam tak peduli dia buat kerja dia je.

Berniaga kedai makan sekarang bila aku dah baik sayang ank bini, rajin kemsjid,dan ada sikit rezki Allah bagi aku..mak aku pulak ambik peranan.dia ajar aku secara halus suruh aku benci bini aku aku tak perasan.

Sumpah aku ikut kata mak aku kata mak. Kau jangan manjakan sangat bini malu kat orang dok tolong bini buat kerja rumah duit kau tu kau simpan. makan minum pakai la duit bini kau sudah la..

Duit kau jangan dok boros belanja.simpan bekalan kau tua esok2..padahal bini aku lah yang ada masa aku susah masa mak aku buang aku dulu sampai bini aku mngal sebentuk cincin pun aku tak pernah beli untuk bini aku sepanjang kawin sampai lah dia mngal… kenapa lah aku buta? kenapalah aku tak sedar semua tu?

Bila aku ada duit aku bagi bini aku sikit je kalau aku dapat untung 1000, aku pandai bagi bini 100 atau kadang 150 tu je.. tapi kat mak aku, aku bagi banyak sebab mak aku ni dia pandai bodek aku.

Bila ada duit lepastu mak aku ni jenis ak boleh tengok anak laki dia sayang bini mak aku tahu aku suka pkul bini sebab depan mak bapak aku pun aku buat tapi mak aku tak pernah bertegas pun dengan aku dia macam seronok pula aku marah maaki pkul bini aku..

Aku cukup berkira dengan bini dalam soal duit. padahal bini lah yang hari2 bagi makan pakai aku dengan titik peluh dia duit dia. tak pernah dia berkira.

Bila aku berduit aku kedekut.

Satu hari bini aku takde duit dan anak baru mula skolah biasa la rezki ada pasang surut.aku masa tu ada duit.korang tau tak.

Aku sikit pun tak hirau masalah bini aku. dengan anak nak sekolah letrik bulan2 dah tak bayar.tak terdetik pun nak bayar. bila krang nak potong bil, bini aku lah yang bersusah cari duit. bil rumah mak aku boleh pulak aku bayar.

Aku tak hulur kat bini aku duit. tapi aku hulur kat mak bapak aku. padahal diorang dah berduit dan tak lah memerluukan sangat. Mungkin bini aku terasa.

2 3 bulan dia nak pergi tu dia layan aku biasa2 je. bila duit aku dah habis,dia dapat rezki banyak,dia dah tak hulur kat aku macam sebelumnya.

Dia banyak buat kerja sendiri. tak bincang dah dng aku.aku tak sedar yang dia tu berubah sebab aku.aku benci dia.selalu kata aku nak cari bini lain dah.aku kata aku benci kat dia.

Sampai lah dia dah pergi. dia mengal dunia. dia mngal secara mengejut.petang tu kami bergduh. aku ni entah lah. bini aku buat dah betul tapi aku nampak jugak salah dia.aku maAki dia.

Aku nampak dia menangis masa solat. malam nya lepas solat isya dia jatuh pengsan. Allah dah ambik dia dari aku. mesti semua boleh bayang perasaan aku dan tangisan aku masa tu.

3 tahun aku derita macam orang gila..kata doktor sebab2 dia mnggal ada pembuluh drah yang pecah sebab hentakan lama.

aku teringat.adakah sebab aku yg selalu pkul dia dulu2 tanpa ehsan.aku buat bini aku mcm binatang.

Sekarang bini aku dah takde.Allah dah ambik bini aku. sebulan lepastu anak aku pula pergi tinggalkan aku. aku menyesal sebab tak pernah cuba puaskan hati anak dan bini aku.

Aku selalu buat dia sedih tapi dia selalu senangkan hati aku.ikut kata aku.aku tengking pun dia sabar.aku pkul dia pun dia maafkan aku.dah 5 tahun bini aku pergi.aku pernah kawin lagi.bertahan 3 bulan je..

Sumpah. tak ada wanita sebaik aruah bini aku.aku taknak kawin lagi. takde dah yang sebaik bini aku. Sayang.abang harap sayang ampunkan abang.hari hari abang rindu sayang.rindu anak kita.

Abang tahu sayang selalu skit2 badan skit kepala.sayang selalu tak sihat.tapi abang tak kisah.abang biarkan sayang berfikir soal duit dan rumah.abang biarkan sayang tertekan dengan sikap abang.

Kalau sayang kembali pada abang semula.abang janji abang nak bahagiakan sayang.nak suruh sayang rehat tampa fikir hal duit belanja dan semua.abang nak jaga sayang.

Abang taknak sayang buat kerja rumah abang nak sayang rehat macam sayang jaga abang dulu.abang rehat.abang tak fikir duit ada ke takde ke.yang abg tahu abg boleh dapat abang nak.terimakasih sayang.

YaAllah. abang menangis saat menulis ni.sayang adalah cinta abang dunia akhirat.abang redho keatas sayang semua nya.

NUR AIN, AWAK ISTERI TERBAIK. abang dah jadi bilal msjid kampung kita sayang. abang dah tunaikan impian sayang untuk jadikan abang bilal dan imam walaupun sayang tak sempat tengok. terimakasih sayang didik abang kenal Allah.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalam semua pembaca. Aku Din. Berumur pertengahan 30an. Ayah kepada dua puteri dan suami kepada seorang isteri.

Isteri aku, N berumur akhir 20an. Seorang yang tegas pada anak anak, sangat menghormati orang tua dan agak pendiam. Kami sudah berkahwin hampir 7 tahun.

Aku tak tahu bagaimana nak mulakan sebenarnya. Maklumlah, bukan seorang penggarap cerita. Cuma apa yang aku nak kongsikan disini adalah mengenai isteri dan ibu aku.

Ibu aku berumur akhir 60an dan masih sihat. Duduk di kampung bersama ayah yang juga masih sihat. Alhamdulillah.

Sejak dari awal perkahwinan lagi setiap minggu aku akan pulang ke kampung memandangkan aku anak tunggal. Jadi setiap hujung minggu tugas membawa orang tua aku membeli barang. Jarak perjalanan sehala dalam 2 jam perjalanan.

Rumah mertua aku lebih dekat tapi memandangkn setiap hujung minggu aku pulang ke kampung jadi kami hanya akn ke rumah mertua untuk makan malam sekali seminggu.

Family mertua Alhamdulillah memang baik2 dan memahami. Walaupun adik beradik isteri aku 9 orang semua sangat rapat dan saling membantu.

Isteri aku tak pernah membantah walaupun balik setiap minggu ke kampung. Malah die yang selalu ingatkan aku untuk telefon ibu di kampung setiap hari. Cuma yang aku perasan semakin lama isteri aku semakin pendiam bila pulang ke kampung.

Pada awal nya dia mengadu yang ibu macam tak suka kalau dia ikut ke kampung. Kalau balik ke kampung, setiap kali keluar membeli belah atau kerumah saudara ibu tak benarkn isteri aku ikut dengan alasan jaga rumah. Isteri aku tak membantah walaupun di tinggal sorang berjam2.

Malah bila aku utarakan pada ibu kenapa isteri aku harus tinggal selalunya isteri aku mengalah dan cakap yang dia ok saja.

Takpe pergi saja katanya. Tapi lama kelamaan apa yang dia buat seolah ibu tak boleh terima. Aku tak tahu macam mana lagi nak tegur ibu. Bila aku tegur ibu akan kata jangan jadi anak derhaka. Jadi isteri aku diam saja. Aku tau dia makan hati.

Bayangkan, bila isteri aku basuh pinggan dan basuh keliking sinki ibu aku akan bising kata isteri aku geli dengan sinki dia sebab tu disental nya sinki.

Tapi itu lah tabiat isteri aku dekat rumah setiap kalau basuh pinggan dia akan pastikan sinki die berkilat sama.

Bila isteri aku menyapu dia akan kata isteri aku geli dengan lantai rumah dia. Jijik lantai berminyak tapi tak kan isteri aku nak duduk melepak saja depan tv.

Sudah 7 tahun perkahwinan ada saja topik yang ibu tak puas hati dengan isteri aku. Ayah langsung tak main peranan. Ayah memang sejenis tak ambil pusing.

Pernah sekali family mertua aku datang bertandang dan borak dengan ibu. Banyak lah cerita mertua aku sebab dia memang sejenis suka berborak,

Tapi bila family mertua aku pulang ibu kata pada isteri aku yang mak mertua aku tak suka aku balik kampung sebab tu family mertua aku datang nak tengok keadaan anak dia di kampung.

Padahal aku ada saja dekat situ masa mertua aku borak sikit pun aku tak dengar apa yang ibu aku kata tu.

Family mertua aku cuma singgah sebab ada kenduri berdekatan kawasan. Itu saja. Akhirnya sampai sekarang keluarga mertua aku tak dtang lagi.

Mungkin isteri aku yang bagitau mak dia tapi aku tak salahkan dia. Kalau aku di tempat dia pun aku akan ambil hati.

Bila dah nak masuk 7 tahun perkahwinan ni isteri aku dah mula stress setiap kali balik kampung. Walaupun cuma tidur 1 hari dua malam ada saja topik yang ibu akan bahaskan. Itu salah, ini salah.

Cebok anak waktu malam sebab berak salah. Isteri aku pula sejenis kalau anak berak wajib cebok dia tak nak pakai tisu basah. Sebab anak yang kecil tu pun dah masuk 1 tahun 8 bulan.

Bukan bayi baru lahir. Kalau nak ikutkan banyak lagi benda yang isteri aku buat salah pada mata ibu.

Aku tau isteri aku pendam dan tertekan. Tapi aku tak tau apa harus aku buat. Kalau aku tak bawa isteri aku pulang ke kampung lagi panjang kisah nya nanti.

Harap pembaca semua doakan lah semoga isteri aku kuat dan ibu aku tak mudah bersangka buruk pada orang terutama isteri aku.

Aku sayang dia dan aku tak nak kehilangan dia. Aku takut kalau suatu hari nanti di tekad dia akan tinggalkan aku sebab pernah dia cakap, “jangan sampai saya buat pilihan sebab kalau saya pilih, awak tak kan suka pilihan saya”. Tolong aku..

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*