‘Bukan anak saya pembawa v1rus var1an Afrika Selatan’- Nik Abduh

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz men4fikan anaknya membawa ‘puIang’ v1rus Afrika Selatan sehingga mencetvskan kluster Bunut Sarang Burung sebagaimana yang tvlar di Facebook pada Ahad.

Nik Mohamad Abduh berkata, mengikut makluman daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) var1an itu telah menjangk1ti seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mencetvskan klvster.

“Anak saya berusia 26 tahun, memang betul dia belajar di Afrika Selatan dan pulang ke Kelantan pada 5 April lalu tetapi itu pun selepas selesai menjalani ku4rantin wajib selama 10 hari di Kuala Lumpur sebagaimana disyaratkan oleh kerajaan.

“Dia akan kembali semula ke negara berkenaan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti,” katanya ketika dihvbungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurutnya, dia dan keluarga tidak berhasrat untuk mengambil t1ndakan und4ng-und4ng terhadap individu yang telah menyeb4rkan berita p4lsu tersebut.

“Biar mereka (penyebar) buat pahala banyak-banyak di bulan Ramadan ini,” katanya.

Pada 5 April lalu, anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu memuat naik status di entri laman sosial miliknya berkongsi kegembiraannya menyambut kepvlangan anak svlungnya yang pulang bercuti dari Afrika Selatan.

Bagaimanapun, pada Ahad tular t4ngkap layar Facebook yang mempersoalkan kepvlangan anak sulung Nik Mohamad Abduh ke Kelantan sama ada menjalani kuar4ntin atau t1dak.

Var1an g4nas South Africa B.1.351 serang Kelantan

TERDAHULU, Var1an South Africa B.1.351 disahkan menyer4ng Kelantan selepas seorang pelajar berusia 16 tahun membawanya masuk setelah menghadiri kenduri di Lembah Klang, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jangk1tan itu telah menyebabkan wujudnya Kluster Kampung Bunut Sarang Burung.

“Kes indeks ini telah menjangk1ti seramai 190 individu lain,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini C0vid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Sabtu.

Beliau berkata, selain Kelantan, var1an itu juga dikenal pasti di Perak selepas Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

“Ia ditemui di Perak selepas kes indeks seorang pegawai khidmat pelanggan sebuah pusat hiburan p0sitif C0vid-19 pada 10 April lalu,” katanya.

Beliau berkata, seramai 251 individu telah dijangk1ti C0vid-19 sehingga mencetvskan Kluster Jalan Canning Estate.

“Kajian survelan gen0mik ke atas 15 sampel daripada kluster berkenaan menunjukkan 10 kes dijangk1ti var1an B.1.351,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 48 kes dikesan di negara ini adalah daripada var1an Afrika Selatan.

“Kesemuanya 51 var1an termasuk lapan kes bagi var1an United Kingdom (B.117), dua kes dari var1an Nigeria (B.1.525) dan satu kes var1an India (B.1.617.1),” katanya.

Menurutnya, kemunculan var1an baharu tersebut telah menyebabkan jangk1tan yang tinggi dalam kalangan golongan muda.

“Mereka akan mengalami gejala lebih tervk sehingga terpaksa dimasukkan ke unit r4watan rapi (ICU),” katanya.

Tambah beliau, sejak awal tahun ini sehingga Jumaat, jangk1tan C0vid-19 tertinggi adalah melibatkan mereka yang berusia 20 hingga 29 tahun iaitu sebanyak 1,531 kes, manakala 30 hingga 39 tahun pula sebanyak 1,452 kes.

“Ini adalah usia bekerja. Pakar-pakar di Hospital Sungai Buloh mengesahkan jangk1tan var1an baharu adalah dari usia muda di mana ada kes yang tidak terkesan dengan rawatan yang diberikan. Contohnya guna ster0id juga tidak berkesan,” katanya.

Ujarnya, var1an baharu itu bertindak lebih g4nas jika ia menjangk1ti golongan muda.

“KKM akan jalankan pemerhatian dan penjujukan gen0m bagi mengenal pasti pesak1t telah dijangk1ti oleh var1an apa,” katanya.

Kenduri di Kuala Lumpur punca varian Afrika Selatan di Kelantan

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, semua kes yang terlibat dengan varian kes itu dikesan dari Kluster Bunut Sarang Burung setakat semalam.

“Siasatan mendapati penularan varian itu daripada hasil pergerakan rentas negeri dari Kelantan mungkin untuk menghadiri majlis atau kenduri di Kuala Lumpur.

“Kita orang Kelantan, suka berderak (berjalan) dan gelewak (menyibuk), namun elakkan dahulu aktiviti itu kerana keadaan Covid-19 semakin serius di negeri ini dengan lebih 400 kes sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Varian Afrika Selantan dilaporkan mempunyai kebolehjangkitan tinggi dan mampu mengurangkan imuniti apabila individu dijangkitinya dikatakan mengalami kesan lebih buruk berbanding varian sedia ada.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Izani berkata, Covid-19 di Kelantan diakui kritikal sehingga menyebabkan kerajaan negeri mengambil keputusan membuka hospital medan serta menambah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Katanya, selain fasiliti hospital tidak mencukupi, Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital juga mencecah hampir 100 peratus sehingga ada pesakit lain yang kritikal terpaksa ditempatkan di wad biasa.

“Kelantan kini turut kekurangan kakitangan kesihatan dan kita ditampung petugas yang dipinjamkan dari negeri lain terutama Kedah. Jika mereka dipanggil berkhidmat ke negeri asal, Kelantan bakal berdepan masalah besar,” katanya.

 

Sumber: Sinar Harian, K! ONLINE

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*