Rindu tiada penghvjung… 18 tahun tak pernah rasa kvcup tangan mak ayah di pagi Syawal – “Ramai sed1h tak dapat balik kampung, saya tak boleh z1arah pvsara”

RINDU yang tiada penghujung.

Bagi yang terpisah jarak dengan insan tersayang, setidak-tidaknya mereka masih boleh saling berhubung menggunakan segala macam teknologi untuk melepaskan rindu.Sebaliknya bagi mereka yang terp1sah ‘alam’ dengan insan tersayang, hanya doa sahaja mampu dikirimkan setiap kali perasaan rindu menjelma.

Tidak dapat bayangkan betapa beratnya rindu yang ditanggvng oleh pemuda ini selepas pemergian lima ahli keluarga termasuk ibu bapanya dalam satu kemal4ngan ng3ri 18 tahun lalu, lebih-lebih lagi ketika umat Islam bakal meraikan Syawal.

Pemuda bernama Aidil Aminuddin ini sebenarnya turut berada dalam kenderaan yang dipandu arw4h bapanya ketika kejadian, namun dia tersel4mat dan mengalami keced3raan pada mata serta kep4la.

Keratan akhbar mengenai kemal4ngan ng1ri yang meng0rbankan lima ahli keluarga Aidil pada 2003.

Ketika itu dia bersama ibu, bapa, kakak, abang dan adiknya dalam perjalanan pulang dari Serendah ke Kampung Baru, sebelum sebuah lori tangki dari arah bertentangan terbabas lalu menghempap kereta dinaiki mereka.

Empat daripada ahli keluarganya mninggal dunia di tempat kejadian kerana tersepit di dalam kereta, manakala adiknya mninggal dunia di hospital pada keesokan hari.

“Saya tak berapa ingat memori hari raya bersama ibu dan bapa ketika mereka masih ada dulu kerana usia yang terlalu kecil.

“Apabila dah meningkat besar, barulah semakin terasa sed1h mengenangkan ibu bapa tiada di sisi. Yang pasti, setiap kali takbir dan ketika pagi raya, itu adalah momen yang begitu menyentuh hati saya.


Rutin Aidil dan neneknya setiap tahun menjelang Syawal iaitu menz1arahi pusara insan kesayangan, namun kali ini ia tidak dapat dilakukan kerana PKP.

“Ketika orang lain boleh bersalam-salaman dan kucup tangan ibu bapa, saya pula hanya ada tangan nenek. Tahun ini suasana lebih sayu dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ketika ramai yang bersed1h sebab tak dapat pulang ke kampung, saya pula sed1h sebab tak dapat z1arah pusara ibu, bapa, abang, kakak dan adik. Rindu itu terlalu membuak-buak sebab rutin wajib pagi raya tak dapat dilakukan kali ini,” ujar pemuda berusia 22 tahun ini.

Ternyata kesed1han kerana keh1langan insan tersayang bukan sahaja dirasai oleh Aidil, tetapi neneknya, Aishah Abdullah.

Rindu itu terlalu membvak-bvak sebab rutin wajib pagi raya tak dapat dilakukan kali ini.

AIDIL AMINUDDIN

Aishah, 84, adalah insan yang bertanggungjawab memelihara Aidil bersama seorang lagi kakaknya sejak pemergian kedua ibu bapa mereka.

“Kalau dulu masa kesemua arw4h masih ada, memang meriah. Seminggu sebelum raya, semua persiapan dah dilakukan daripada baju raya, biskut, dan mengemas rumah.

“Tapi semuanya dah berubah… apapun kena reda. Aidil ada juga bertanya mengenai ibu bapanya ketika dia masih kecil, tapi saya terangkan dan minta dia doa banyak-banyak. Kita semua akan ke sana juga dan ujian yang berlaku ini pasti ada hikmahnya,” kata wanita ini.


Aidil akan beraya bersama nenek dan keluarga kecil kakaknya, setiap tahun.

Berk0ngsi cerita mengenai sambutan Aidilfitri pada tahun ini, Aidil berkata sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dia meraikan lebaran bersama nenek, serta keluarga kecil seorang lagi kakaknya di Kuala Lumpur.

“Sebelum-sebelum ini kami berhari raya di Kedah tapi dah lama tak pulang selepas saudara mara ramai dah mninggal dunia. Jadi raya di Kuala Lumpur saja. Persiapan raya kali ini dilakukan secara sederhana. Cukup sekadar bersama dengan keluarga,” kata Aidil sambil menambah, juadah wajib ketika Syawal adalah rendang ayam air tangan neneknya.

Selama 18 tahun meraikan Aidilfitri bersama nenek, Aidil berkata dia reda dengan takdir Tuhan meskipun mengakui jauh di sudut hatinya, dia terlalu ingin mempunyai memori hari raya bersama kedua ibu bapa.


Rutin Aidil (dua, kiri) setiap kali Syawal sebelum ini adalah menz1arahi saudara mara dan juga rakan-rakan.

“Bagi yang senasib tiada ibu dan bapa seperti saya, banyakkan berdoa dan sedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran sekiranya rindu. Mungkin tiada jodoh bertemu di dunia, jadi berdoalah supaya dapat bersatu ‘di sana’ kelak.

“Bagi yang masih ada ibu bapa pula, hargai mereka selagi hayat masih ada sebab kita tak tahu aj4l masing-masing,” katanya lagi.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*