Muhyiddin masih kekal sebagai PM dengan 115 sokongan

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, masih kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan seramai 115 orang Ahli Parlimen.

Menurut laporan Suara.TV yang memetik sumber daripada Pejabat Perdana Menteri, kesemua akuan berkanun 115 ahli Parlimen itu merupakan dokumen sah perundangan yang perlu dibatalkan secara individu, bukannya melalui keputusan parti.

“Kenyataan Presiden UMNO adalah keputusan parti yang kita hormati. Namun, kedudukan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah berdasarkan sokongan ahli Parlimen bukan perakuan sokongan parti.

“Sehingga jam 7 petang tadi, tiada sesiapa ahli Parlimen yang telah menandatangan akuan berkanun memberi notis untuk menarik semula sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya pada Selasa.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menyatakan kenyataan media Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Annuar Nasarah hanyalah mengenai peletakan jawatan sebagai menteri dan bukannya menarik sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Pada petang tadi, UMNO mengambil pendirian untuk tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali gus menyaksikan keabsahan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri terbatal.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan berkenaan dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Surat akuan bersumpah ahli Parlimen UMNO yang mencukupi bagi menzahirkan penarikan sokongan kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan telah persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO juga memilih untuk mengambil pendirian berpihak kepada Al-Sultan Abdullah dan tidak akan mempertahankan kerajaan pimpinan Muhyiddin yang ternyata gagal pada mata rakyat.

PN 104, PH 105, UMNO (tar1k s0kongan) 11

[LAPOR LANGSUNG] MKT UMNO tarik sokongan, Muhyiddin perlu berundur - Ahmad Zahid

SEMENTARA itu, nasib Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini menjadi tanda tanya berikutan pengumuman terbaru Presiden UMNO.

Dalam sidang media pada jam 6 petang tadi, Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mendakwa beliau telah mempunyai bilangan surat akuan mencukupi ditandatangani ahli Parlimen UMNO untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa, surat tersebut telah dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong sekali gus menunjukkan Muhyiddin telah hilang majoriti sebagai Ketua Kerajaan.

Jumlah Ahli Parlimen mengikut parti berdasarkan laman sesawang Parlimen sebelum pengumuman Zahid petang tadi. Jumlah Ahli Parlimen mengikut parti berdasarkan laman sesawang Parlimen sebelum pengumuman Zahid petang tadi.

1. Datuk Seri Najib Abdul Razak (Pekan)

2. Datuk Seri Azalina Said Othman (Pengerang)

3. Datuk Seri Mohd Nizar Zakaria (Parit)

4. Datuk Seri Azeez Abdul Rahim (Baling)

5. Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang)

6. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)

7. Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)

8. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)

9. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)

10. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)

11. Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian)

Persoalannya kini dengan penarikan sokongan 11 ahli Parlimen terbabit siapakah yang mempunyai majoriti kerusi Parlimen dan bagaimanakah penjajaran politik selepas ini?

Berdasarkan laman sesawang Parlimen sebelum ini, bilangan ahli Parlimen yang menyokong kerajaan PN ialah sebanyak 115.

Jumlah tersebut terdiri daripada Bersatu (31), UMNO (38), MIC (1), MCA (2), Parti Rakyat Sarawak (2), SUPP (1), Parti Demokratik Progresif (2), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (13), PBRS (1), PBS (1) dan Star (1).

Kerajaan PN turut mendapat sokongan empat ahli Parlimen Bebas iaitu Jugah anak Muyang (Lubuk Antu), Larry Soon (Julau), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Kuala Langat) dan Steven Choong Shiau Yoon (Tebrau).

Dalam pada itu, bIok pemb4ngkang diketuai Pakatan Harapan pula mempunyai 105 kerusi iaitu DAP (42), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), UPKO (1), PSB (2), Pejuang (4) dan dua ahli Parlimen Bebas iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) serta Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam).

Bagaimanapun dengan penarikan sokongan 11 ahli Parlimen UMNO setakat jam 6 petang tadi kedudukan terkini bilangan kerusi Parlimen ialah:

Perikatan Nasional: 104

BIok Pemb4ngkang: 105

Kumpulan UMNO tarik sokongan: 11

Persoalannya kini ke manakah sokongan 11 ahli Parlimen UMNO tersebut?

Sekiranya mereka menyatakan sokongan kepada bIok pemb4ngkang, hampir pasti Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempunyai majoriti dan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun, jika 11 ahli Parlimen UMNO mengambil pendirian berkecuali, bIok pemb4ngkang turut mempunyai kelebihan satu kerusi.

Namun, banyak persoalan lain timbul di bIok pemb4ngkang termasuk adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan ahli Parlimen Pejuang akan memberi sokongan kepada Anwar.

Selain itu, beberapa penganalisis politik turut tidak menolak tentang kemungkinan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran) atau kerajaan minoriti yang masih mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional.

Untuk rekod Malaysia mempunyai 222 kerusi Parlimen, bagaiamanapun dua kerusi iaitu Batu Sapi dan Gerik kosongan berikutan kem4tian peny4ndangnya.

 

Sumber: Sinar Harian, Sinar Plus

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*