
Kuala Lumpur: Kenderaan yang membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki Istana Negara sebentar tadi.
Beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustaffa Billah Shah berhvbung situasi poIitik semasa negara.
MUHYIDDIN meIambai kepada wakil media. FOTO Asyraf Hamzah
Difahamkan, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun juga sudah berada di Istana Negara.
Sebelum itu kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat keluar dari kediamannya jam 10.50 pagi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan lengkap bersongkok sempat melambai ke arah petugas media ketika kenderaan membawanya keluar dari kawasan kediamannya di Bukit Damansara, di sini, 10.49 pagi hari ini.
Beliau dipercayai menuju ke Istana Negara yang turut kembali menjadi tumpuan media, hari ini selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam memvtuskan menar1k sokongan kepada kerajaan.
PAT, KPN hadir mesyuarat bersama KSN
Kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi Buang kelihatan memasuki Bangunan Putra Perdana di sini, hari ini. – Foto FAISOL MUSTAFA
PAGI ini, kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki Pejabat Perdana Menteri, di sini, pagi tadi.
Ketibaan beliau tepat pukul 9.25 pagi itu selepas kenderaan yang membawa Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya.
Manakala, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang turut hadir bagi menghadiri mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali yang bermula pukul 10 pagi.
Mesyuarat terbabit bagi membincangkan situasi politik dan kedudukan kerajaan hari ini susulan tindakan UMNO memilih mengambil pendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempert4hankan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.
Difahamkan, mesyuarat Kabinet akan diadakan pukul 12 tengah hari selepas Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong
Umno tar1k s0kongan kepada kerajaan, PM
TERDAHULU, Umno mengumumkan menar1k balik s0kongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara itu dipvtuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang diadakan secara maya hari ini.
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu juga mengambil pendirian untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.
Menurutnya, ia selaras dengan Fasal 3.3 PerIembagaan parti itu mengenai s0kongan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara.
Katanya, kenyataan terbaharu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengenai usul membahaskan Ord1nan D4rurat akan dibuat pada sidang ParIimen September ini juga menyerlahkan kekhiIafan kerajaan.
“Pendirian ini adalah sejajar perkara 150 (3) PerIembagaan Persekutuan.
“Surat akuan Ahli Parlimen Umno yang mencvkupi bagi menzahirkan penar1kan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sudah saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama sebahagian Ahli Parlimen Umno ketika sidang media hari ini. Foto Ihsan FB Zahid Hamidi
Sumber: Harian Metro
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply