
UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon pilihan untuk jawatan perdana menteri.
“Beliau memiliki jumlah s0kongan majoriti dan merupakan pilihan kami untuk Perdana Menteri ke-9,” demikian menurut sumber.
Sumber juga mengatakan ia adalah keputusan sebulat suara yang tidak dipersoalkan oleh mana-mana ahli Parlimen dalam mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Selasa malam.
Sumber tersebut juga mengesahkan bahawa semua ahli parlimen Umno dan BN telah menandatangani akuan berk4nun dan akan menyokong Naib Presiden Umno itu.
“Semua akuan berkanun dari ahli Parlimen Barisan akan dihantar ke Istana Negara pada Rabu (18 Ogos) seperti yang diminta oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengerusi BN dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,” kata sumber itu.
Ismail Sabri sah calon PM9 – Ahmad Maslan
SEMENTARA itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.
Melalui ciapan Twitternya, jelas beliau UMNO menghantar satu nama sebagai calon Perdana Menteri oleh Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional yang mengadakan mesyuarat malam tadi bersetuju membawa nama Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berpadu bersama Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi, Timbalan DSU @tokmatn9, Penasihat #BN DS @NajibRazak & Ahli2 MKT UMNO
Dihantar hanya 1 nama sbg calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60 MP #Bera
Moga Allah SWT memberkati usaha kami. pic.twitter.com/mJmuH35J4X
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) August 17, 2021
Katanya lagi, cadangan membawa nama Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ini juga mendapat restu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan, Penasihat UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan Ahli-Ahli MKT UMNO.
“Moga Allah memberkati usaha kami”. Ujarnya lagi.
Sumber: mStar, Suara TV, Twitter Ahmad Maslan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Coretan Ummi
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply