‘Ismail calon PM yang menang’, 114 MP yang s0kong dijemput ke Istana esok- Ahmad Maslan

SHAH ALAM – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Istana Negara telah memanggil parti-parti yang memenangi perlumbaan membentuk kerajaan baharu bagi mengesahkan s0kongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri baharu pada Khamis.

Pengesahan itu disampaikan Ahli Parlimen Pontian itu melalui mesej kiriman WhatsApp kepada Sinar Premium sebentar tadi.

Hal ini susuIan Sinar Premium menerima berita penuIaran satu mesej tuIar yang mengatakan semua ahli Parlimen UMNO bakal bergerak daripada Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur ke Istana Negara menaiki bas pada jam 10 pagi Khamis.

‘Ismail calon PM yang menang’- 114 MP dijempvt ke Istana esok

Ahmad Maslan tells Pakatan parties not to bother poaching him | Malaysia | Malay Mail

Ahmad juga memaklumkan parti-parti lain yang dipanggil ke Istana Negara bermula jam 10 pagi terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta terakhir adalah Pas.

“(Pertemuan Istana Negara dan parti-parti menang bermula) 10 pagi melalui GPS, 11 pagi (Bersatu), 2 petang (UMNO), tiga petang (UMNO/BN) serta 4 petang (Pas).

“Ya (mesej tuIar berkenaan disahkan), yang menang.

“Itu yang difahamkan (pihak Istana Negara) kepada saya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas satu mesej tuIar yang memaklumkan bermula jam 10 pagi, ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN bakal bertoIak ke Istana Negara dari WTC, Kuala Lumpur dengan menaiki bas.

Mesej itu yang dipercayai dikirimkan oleh Ahmad Maslan sendiri, turut menyatakan hanya kumpulan parti yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan s0kongan sekali lagi di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Ahmad dalam kiriman WhatsApp berkenaan turut menjelaskan jemputan Istana Negara itu bermaksud Ismail Sabri selaku Naib Presiden UMNO telah mendapat s0kongan mencukupi untuk dipilih sebagai Perdana Menteri kesembilan.

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan s0kongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin ALLAH adalah calon PM yang menang.

“Ini tentu juga berkat kesepaduan bersama diketuai oleh Presiden (Ahmad Zahid Hamidi), timbalan presiden (Mohamad Hasan) dan Najib Abdul Razak (MP Pekan), ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan semua ahli Parlimen kita.

“Moga ALLAH memberkati perjvangan mulia untuk rakyat ini,” kata Ahmad memetik mesej kiriman tuIar WhatsApp berkenaan pada Rabu.

All eyes on Istana Negara after rumour of Muhyiddin's resignation triggers day of cloak-and-dagger meets

Sementara itu, sumber BN memaklumkan kepada Sinar Premium bahawa jumlah ahli Parlimen BN yang akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis adalah seramai 41 orang.

Berikutan itu, Ismail Sabri yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri did4kwa memiliki jumlah s0kongan keseluruhan ahli Parlimen sebanyak 114 orang.

Turut dimaklumkan terdapat seorang ahli Parlimen BN yang dipercayai berkecuali dalam mengemukakan SD s0kongan calon Perdana Menteri baharu.

“Terdapat kemungkinan ahli Parlimen BN yang berkecvali itu adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

“Ini kerana tokoh veteran UMNO itu lebih cenderung memilih UMNO mengemudi sebuah kerajaan interim atau berbentuk Majlis Gerakan Negara (Mageran), berbanding mengembalikan sebuah kerajaan seakan-akan Perikatan Nasional (PN) 2.0,” kata sumber berkenaan.

Berdasarkan jadual, komp0sisi ahli parlimen yang dijemput ke istana esok adalah seperti berikut:

  • Umno × 37
  • Bersatu × 31
  • PAS × 18
  • GPS-PBB × 13
  • GPS-PRS × 2
  • GPS-PDP × 2
  • MCA × 2
  • GPS-SUPP × 1
  • MIC × 1
  • PBRS × 1
  • PBS × 1
  • Star × 1
  • Independent × 4

Dalam pada itu, difahamkan juga beberapa ahli parlimen juga turut telah mengesahkan bahawa senarai itu betul dan akan menghadiri sesi tersebut pada waktu yang dijadualkan.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika mengulas memberitahu bahawa ahli parlimen PAS dijadualkan menghadap Seri Paduka Baginda pada pukul 4 petang.

“Alhamdulillah DSIS (Ismail Sabri) telah berjaya diangkat sebagai PM ke 9 berdasarkan jemputan Istana Negara kepada semua MP yang mencalonkan beliau,”

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz turut mengesahkan perkara itu.

Pada Selasa, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9 kepada Istana Negara.

Ahli-ahli Parlimen diberi masa selewat-lewatnya sehingga pukul 4 petang Rabu untuk mengemukakan surat akuan bertulis (SD) mereka.

 

Sumber: Sinar Harian Premium

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*