
CALON bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kini tertumpu dalam kem Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat perhatian banyak pihak.
Difahamkan jawatan tersebut ditvntut oleh parti itu selepas mereka menyatakan s0kongan bersyarat kepada Barisan Nasional dan UMNO yang memilih Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.
Ismail Sabri dijangka akan membuat keputusan bagi memilih pasukannya selepas mengangkat svmpah jawatan kelak.
Bagaimanapun, semua pihak masih menanti pengumuman rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Mengenai jawatan TPM, antara nama yang disebut-sebut ialah Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang juga bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
Turut disebut ialah ahli Parlimen Gombak iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali iaitu bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Calon ketiga ialah ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Hamzah Zainuddin iaitu bekas Menteri Dalam Negeri.
Hamzah Zainudin – Foto Bernama
Jika diambil dari sudut Susunan dan kedudukan dalam Bersatu maka Hamzah iaitu Setiausaha Agung Bersatu merupakan pemimpin paling kanan diikuti oleh Mohd Redzuan yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
Azmin Ali
Sementara Mohamed Azmin juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu namun beliau menyertai parti itu selepas Pakatan Harapan tvmbang dan menjadikannya sebagai ‘junior’ dalam parti itu.
Bagaimanapun, Mohd Redzuan dilihat sudah memulakan langkah awal untuk berkempen bagi jawatan tersebut.
Buat masa ini, Bersatu masih mempunyai banyak masa untuk menentukan calon mereka kerana Ismail Sabri masih perlu melalui satu lagi ujian yang akan menentukan keabsahan beliau di Parlimen.
Mohd Redzuan
Selepas itu barulah beliau boleh menentukan barisan Kabinet baharu.
Antara cabaran Ismail Sabri ialah Bersatu telah mengeluarkan satu kenyataan dan mengesahkan kesemua 50 ahli Parlimen dari parti gabungan Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri kesembilan adalah secara bersyarat.
Antara syarat tersebut ialah Ismail Sabri hendaklah memastikan ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertvduhan jnayah di mahk4mah.
Pada masa sama, kerajaan PN di bawah beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, meIindungi kebebasan badan kehak1man dan menjunjung konsep raja berperlembagaan.
Sumber: Sinar Harian
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply