Debaran kian terasa… PM umum senarai Kabinet baharu esok, angkat sump4h Isnin

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan senarai barisan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi Jumaat, dan majlis mengangkat svmpah jemaah menteri pada Isnin.

“Majlis angkat svmpah menteri dan timbalan menteri Persekutuan akan berlangsung pada pukul 2.30 petang, 30 Ogos,” menurut Pejabat Perdana Menteri.

Terdahulu, dilaporkan tiada pengumuman mengenai barisan Kabinet baharu, pada Khamis.

“Perdana Menteri tidak akan membuat sebarang pengumuman hari ini,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan ringkas kepada pemberita, pada Khamis.

Ismail Sabri mengangkat svmpah jawatan perdana menteri, pada 21 Ogos lalu.

Kabinet: PM selesai menghadap Agong

Ismail Sabri melambai kepada pengamal media.

TERDAHULU, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meninggalkan Istana Abdulaziz di Kuantan, kira-kira pukul 1.38 tengah hari selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau tiba di Istana Abdulaziz pada pukul 10.54 pagi Khamis, dan pertemuan itu berlangsung hampir tiga jam untuk mempersembahkan cadangan senarai barisan Kabinet.

Ismail Sabri melambai kepada pengamal media yang menunggu di luar istana, namun tidak memberikan sebarang komen.

Perdana Menteri yang baharu itu sepatutnya mempersembahkan senarai itu bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu, tetapi difahamkan ia ditangguhkan berikutan baginda berada di Kuantan.

Agong berkenan terima senarai Kabinet baharu

May be an image of one or more people, people sitting, people standing and indoor

SEMENTARA itu, menurut laporan mStar hari ini senarai barisan Kabinet yang baharu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah Kabinet baharu di Istana Abdulaziz, Kuantan pada Khamis.

Menerusi posting facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Abdulaziz.

“Pada sesi menghadap yang berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula jam 11 pagi, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021 lalu,” menurut kenyataan itu.

May be an image of 2 people and people standing

Sesi menghadap pada Khamis merupakan yang kali kedua bagi Ismail Sabri sebagai perdana menteri.

Sesi menghadap yang pertama berlangsung selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Svmpah Jawatan dan Setia serta Svmpah Simpan Rahsia beliau sebagai perdana menteri di Istana Negara, pada 21 Ogos lalu.

 

Sumber: mStar, Facebook Istana Negara

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*