MySejahtera Dikemaskini, KJ Umum Pengguna Bakal Dipaparkan ‘Risk Level’ & Status V4ksin

Fungsi aplikasi MySejahtera kini dalam proses penambahbaikan untuk kemudahan akan datang, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menerusi hantaran di Twitter, Khairy berkata, fungsi baharu berkenaan adalah mengenai paparan tahap r1siko dan status vaks1nasi seseorang pada aplikasi tersebut.

Aplikasi MySejahtera akan ditambah ciri baharu

“Pasukan @my_sejahtera akan berusaha untuk melakukan kemas kini yang terbaharu pada malam ini, (bertujuan) untuk memudahkan orang ramai memaparkan kadar r1siko dan status vaks1nasi – ini akan memudahkan untuk kita hidup bersama C0vid.

“Kemaskini lebih lanjut dan penambahbaikan aplikasi ini akan dilakukan dalam beberapa minggu akan datang,” kata beliau.

Menurut Khairy, selain itu fungsi butang ‘check out’ juga turut ditambah pada kemas kini terbaharu MySejahtera bagi menambah baik fungsi pengesanan k0ntak.

“Butang ‘check out’ juga telah ditambah dalam kemas kini terbaharu MySejahtera. Ini adalah untuk menambah baik fungsi pengesanan k0ntak.

“Lepas men1nggalkan tempat tersebut, tolong ingat untuk ‘check out’. Kamu hanya perlu tekan butang tu, tidak perlu lagi ‘scan’,” tambahnya.

ImageGambar: Twitter Khairy

Hantaran KJ di laman Twitter

 

Sumber: Siakap Keli, Twitter Khairy Jamaluddin

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*