
Penyanyi legenda Zaiton Sameon antara m4ngsa yang terper4ngkap dalam kejadian banjir air pasang besar yang berlaku di Klang, Selangor.
Berkongsi perkara terbabit, Zaiton, 64, memaklumkan kediaman keluarga adik angkatnya yang dikenali sebagai Ika di kawasan Kapar, Klang masih dalam keadaan berjaga-jaga.
Zaiton ketika dihubungi berkata, itu adalah kali pertama kawasan kediaman yang terletak di Kapar, Klang diIanda banjir.
“Saya berada di rumah adik angkat saya dan memang betul sekarang kawasan ini diIanda banj1r.
“Disebabkan ini kali pertama banjir di kawasan ini, saya macam tervja dan seronok juga. Itu yang saya seronok berenang dan r4kamkan video di TikTok,” katanya.
Zaiton yang menetap bersama keluarga angkatnya juga menyedari kediamannya dimasuki air sejak jam 3 pagi, hari ini.
“Saya menyedari rumah saya dimasuki air sejak jam 3 pagi tadi. Mujurlah di rumah ini, saya tinggal bertiga bersama adik angkat dan anak angkat saya.
“Jadi, dapatlah kami bertvngkus Iumus mengangkat dan menyeIamatkan barang dengan memindahkan ke bahagian rumah yang lebih tinggi,” katanya.
“Semoga hujan reda dan keadaan kembali puIih seperti sedia kala,” katanya.
Dalam pada itu, Zaiton sempat berkongsi sep0tong video dirinya berp4yung sambil duduk di atas peIampung di perkarangan rumah.
Lengkap berpayung putih, Zaiton yang tampil ringkas dengan kemeja-T serta seluar panjang hitam menyanyikan semula lagu popularnya itu secara ‘m1ming’, lengkap dengan gaya ala-ala membuat persembahan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelbagai reaksi diterima daripada pengguna media sosial hingga ada yang terhibur dengan gelagat Zaiton yang turut menyunt1ng video tersebut dengan lagu hit nyanyiannya, Kabut Serangkai Mawar.
“Ye ker ramai yang terhibur? Saya buat video itu saja-saja sebab tak boleh nak buat apa sebab tengah hujan,” respon Zaiton.
Kata Zaiton yang cukup terkenal pada dekad 1980-an, adik angkatnya merupakan seorang perancang perkahwinan dan dia seorang yang sangat kreatif.
“Rak1t buatan sendiri oleh Zul. Barang-barang peIamin tak pakai kita buat rakit. Jangan risau, air tak dalam tapi jangan t1ru aksi ini. KeseIamatan saya terjamin,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Zul, 32, memberitahu, rumah atau kawasan yang didiami Zaiton bersama dirinya termasuk tiga individu lain terletak di Kampung Tok Muda, Kapar jarang dinaiki air.
“Seingat saya, tahun 1988 adalah kali terakhir banjir begini. Memang nak banjir, apa boleh buat? H4dap sahajalah. Yang penting kita semua jaga diri.
“Kak T0n sendiri cakap dengan saya. Jangan sed1h-sed1h, hidup perlu diteruskan. Kak T0n buat video itu pun nanti mesti ada orang yang kec4m tapi niatnya hanya nak h1burkan hati orang,” katanya.
Sehingga dimuat naik, sejak pukul 2 petang Ahad, video itu telah ditonton lebih 366,000 kali.
Ramai yang berseIoroh, menyifatkan Zaiton sedikit sebanyak melegakan perasaan resah orang ramai yang kini terjejas dengan kejadian banjir itu.
“Seronoknya nampak main-main banjir tu kan… “Kreatif, ramai yang tergelak-gelak!
“Santai-santai Kak Eton main banjir ni. Hati-hati ya.”
“Sempat pula buat video klip. Memang legend. “Orang tengah pening banjir dia relaks je buat TikTok,” demikian tulis beberapa pengguna di TikTok.
Fenomena air pasang besar yang berlaku sejak Sabtu telah menyebabkan keadaan di sekitar Klang bertambah burvk dan jurucakap Meteorologi Malaysia menjangkakan air pasang setinggi empat meter akan melanda perairan berkenaan.
Sejumlah 1,011 m4ngsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Klang setakat jam 7 pagi, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan.
Semalam, sebanyak 20 kawasan di daerah Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan dan Telok Gong antara yang paling terkesan dengan kenaikan air sehingga ke paras pinggang.
Kawasan lain yang terjejas adalah Pulau Indah, Pandamaran, Bandar Botanik, Telok Gadong, Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Tinggi.
Sumber: HMetro, K! ONLINE
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply