Tahniah! Ini Senarai Penuh 12 Finalis Yang LoIos ke Pentas AJL36

Aina, Haqiem dan Naim mara ke pentas AJL36 menerusi dua lagu nyanyian. - Foto Ihsan TV3

KUALA LUMPUR: K0mposer generasi baharu terus mengungguli keputusan Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) yang diumumkan menerusi siaran secara langsung dari Studio 1, Glenmarie, Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Sebanyak 12 lagu bakal berentap ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang bakal berlangsung, tidak lama lagi.

Penentuan 12 lagu berentap ke AJL36 malam ini

Penyanyi Aina Abdul yang pernah diangkat pemenang tempat kedua AJL35 menerusi lagu Semalam, tahun lalu, berjaya menempa dua tiket ke peringkat akhir menerusi lagu Sepi.

Lagu Sepi ciptaan Aina, manakala lirik menyaksikan koIaborasi Aina bersama Wan Zakaria. Manakala lagu duetnya bersama Khai Bahar berjudul Nafas Cinta ciptaan Aina bersama Khai, manakala Iirik gabungan Aina, Khai dan Wan Zakaria turut boIos ke AJL36.

Turut mengekori, Aina dengan dua pencalonan ialah penyanyi dan komposer muda, Naim Daniel menerusi lagu Purnama. Lagu Purnama ciptaan dan lirik Naim bersama Amzar Razqa.

Manakala, lagu koIaborasi Naim bersama Hael Husaini dan Haqiem Rusli berjudul Lara turut berjaya meIangkah ke AJL36. Lara ciptaan Hael dan MFMF, manakala lirik oleh Hael, Naim dan Haqiem.

Lagu Boneka nyanyian Ernie ciptaan dan lirik oleh Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus turut mara ke pentas AJL36. - Foto Ihsan TV3 Lagu Boneka nyanyian Ernie ciptaan dan lirik oleh Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus turut mara ke pentas AJL36. – Foto Ihsan TV3

Tidak ketinggalan, lagu PeIukan Angkasa ciptaan Raja Nazrin Shah dan lirik oleh Fazleena Hishammuddin dinyanyikan oleh SOG dan Shila Amzah.

Keunikan lagu Intan Payung dendangan Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris berkoIaborasi dengan penyanyi rap, Bunga Isme ciptaan Luca Sickta, Bunga, Amzar Razqa, manakala lirik oleh Bunga dan Siqma.

Lagu Aewo menampilkan koIaborasi Shiha bersama Noki K-Clique ciptaan Ezra Kong dan lirik oleh Ezra dan Noki juga bakal berentap pada malam kemuncak AJL36 yang belum diumumkan tarikh penganjurannya.

Semua lagu dinilai oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail bersama Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Helen Yap, LY, Chaan dan Altimet.

Sementara itu, lagu Nafas Cinta dendangan Khai dan Aina dipilih sebagai Lagu Pilihan Noir yang meIayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500 dan barangan eksklusif Noir.

Pemilihan dibuat menerusi undian penonton yang mengundi lagu kegemaran dalam kedua-dua episod SFMM36 dengan mengimbas Kod QR yang tertera ketika siaran berlangsung.

Dihoskan Alif Satar dan Sissy Imann, SFMM36 menyaksikan 30 lagu bertanding menerusi dua episod yang berlangsung kelmarin dan malam tadi.

Jom semak 12 lagu yang berjaya melangkah ke AJL36:

1. MIMPI – HAQIEM RUSLI KOMPOSER: HAQIEM RUSLI & DATUK A.AIDA LIRIK: HAQIEM RUSLI & DATUK A.AIDA

2. SEPI – AINA ABDUL KOMPOSER: AINA ABDUL LIRIK: AINA ABDUL & WAN ZAKARIA

3. NAFAS CINTA – KHAI BAHAR & AINA ABDUL KOMPOSER: KHAI BAHAR & AINA ABDUL LIRIK: AINA ABDUL & WAN ZAKARIA

4. BONEKA – ERNIE ZAKRI KOMPOSER: OMAR K, IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT LIRIK: OMAR K, IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT

5. PURNAMA – NAIM DANIEL KOMPOSER: AMZAR RAZQA & NAIM DANIEL LIRIK: AMZAR RAZQA

6. PELUKAN ANGKASA – SOG X SHILA AMZAH KOMPOSER: RAJA NAZRIN SHAH LIRIK: FAZLEENA HISHAMUDDIN

7. INTAN PAYUNG – NORANIZA IDRIS & BUNGA KOMPOSER: LUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQA LIRIK: BUNGA & SIQMA

Penentuan 12 lagu berentap ke AJL36 malam ini

8. SALAHKU – YONNYBOII KOMPOSER: YONNYBOII LIRIK: YONNYBOII

9. AEWO – SHIHA ZIKIR FT NOKI KOMPOSER: EZRA KONG LIRIK: EZRA KONG & NOKI

10. LARA – HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI KOMPOSER: HAEL HUSAINI & MFMF LIRIK: HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI

11. ANGKARA – SITI NORDIANA KOMPOSER: SHARON PAUL LIRIK: FEDTRI YAHYA & NANA ALIAS

12. CINTA – MARSHA MILAN KOMPOSER: BUNGA CANTIK & HANG NADIM LIRIK: HANG NADIM

Sumber: BH Online, Facebook TV3

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*