
Menamatkan zaman bujang menjadikan seseorang itu lebih matang untuk menghadapi cabaran di hari mendatang. Malah rakan-rakan dan keluarga antara insan yang tumpang gembira dengan menyambut pasangan raja sehari dengan majlis penuh meriah.
Bagaimanapun nasib pasangan pengantin diusik rakan dalam satu majlis yang dikongsikan ini telah mencuit hati ramai. Dalam rakaman itu kelihatan pasangan pengantin sedang berarak menuju ke pelamin.
Tiba-tiba datang seorang lelaki menghuIurkan satu cawan air kepada pengantin lelaki. Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah minuman tersebut adalah air garam. Nakal ya rakan-rakan mereka ini!
Berikut adalah rakaman pengantin diusik diberi minuman ‘istimewa’ yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun mfxhmi:
@mfxhmi Reply to @acap_1111 ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD
Nasiblah ya dapat rakan-rakan suka mengusik ini! Namun begitu gelagat mereka inilah yang lebih memeriahkan majlis. Apa-apa pun perkongsian rakaman pengantin diusik rakan diberi minuman ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 39 ribu likes.
Rata-rata warganet terhibur menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka itu di ruangan komen seperti berikut:
“Memang time ni lah nak kenakan member. Baru happy majlis”
“Minum air garam banyak maknanya tu.. Mula akan rasa masin macam2 hal jadi. Settle fasa tu baru manis”
“Tak buleh nak meIawa nak hensem sekejap. Mesti nak kena kan”
“Bertuah dapat kawan macam ni”
Sumber: HCL
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply