Muka Anak Asyik Ikut Bapak, Wawa Zainal Seronok Akhirnya Dapat Anak Wajah Seirasnya

Siapa tidak kenal dengan pasangan selebriti yang sama cantik sama padan iaitu Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Pasangan ini telah selamat menimang cahaya mata keempat mereka tahun lalu.

Pada mulanya anak bongsu mereka diberi nama Jibril Ibtisam. Namun nama itu telah ditukarkan kepada Muhammad Fahri kerana anak bongsu mereka sering menang1s.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Tidak banyak gambar baby Fahri dikongsikan oleh kedua ibu bapanya. Namun kelmarin, Wawa telah memuat naik video Fahri yang kini sudah berusia 3 bulan lebih. Cepat sungguh masa berlalu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Wawa di akaun Instagram miliknya, kelihatan Wawa sedang berb0rak dengan anak bongsunya.

Di ruangan kapsyen, Wawa mengatakan bahawa Fahri sangat suka ‘bercakap’ dan ketawa apabila bangun daripada tidur. Namun apabila sudah mengantvk, Fahri akan tantrum dan menang1s seolah-olah kena pvkul.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Video yang dikongsikan oleh Wawa kini telah ditonton lebih 323 ribu tontonan oleh peminat Wawa. Kecil-kecil dah pandai tarik perhatian orang dengan wajah comelnya itu.

Terdapat juga netizen yang mengatakan bahawa wajah Fahri sangat seiras dengan Wawa. Hal ini menyebabkan Wawa berasa sangat seronok.

Muka Wawa sangat ni..

Copypaste mama ni..

Tak lama lagi mesti kita akan melihat Fahri dah boleh berjalan dan bercakap. Semoga Fahri membesar menjadi seorang anak yang soleh.

 

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*