Bahagia betul nampak.. Sufian Suhaimi ‘dating’ dengan gadis berhijab di Penang

Selepas penyanyi MK Kclique dilihat keluar dengan seorang gadis dikatakan bernama Hajar sambil berpegangan tangan, kini seorang lagi penyanyi lain yang cukup terkenal iaitu Sufian Suhaimi pula dilihat ada keluar dengan seorang wanita.

Hal ini mula viral setelah ada satu viral memperlihatkan Sufian Suhaimi sedang makan berdua dengan wanita yang berhijab tersebut.

Dari akaun TikTok Izzhaelmi, Sufian Suhaimi dilihat mengenakan baju kemeja berwarna krim dan sedang menjamu seleran sambil berborak dengan seorang wanita yang hanya nampak dari bahagian belakang saja.

Ini tulis Izzhaelmi di ruangan caption “Sufian Suhaimi makan dengan siapa ye tu. Apapun terima kasih sebab awak ni memang sporting and cool. Semoga Sufian Suhaimi akan terus menyanyi dan tampil dengan lagu yang fresh dan berkualiti.”

Menerusi rakaman berdurasi 14 saat berkenaan, penyanyi lagu Di Matamu itu dilihat ceria sambil berbual antara satu sama lain.

Sufian dilabel sebagai seorang yang cool dan sporting sebab dia melayan pemilik akaun berkenaan untuk mengambil gambar dan selfie bersama-sama.

Video dating Sufian Suhaimi dan wanita berkenaan dikatakan berlaku di Restoran Kapitan, Pulau Pinang.

Melihat Sufian Suhaimi dah kembali berdating, ramai netizen mula memberi komen. Antaranya mengatakan bahawa Sufian dilihat amat gembira dan bahagia dengan wanita berkenaan.\

Ada juga yang berkata lepas Mk, kini giliran Sufian Suhaimi pula dah ada buah hati.

Pengguna bernama Izzah menulis: “Tadi nampak video MK. Sekarang Sufian pula.”

Pikah pula menulis: “Nampak bahagia betul Sufian bersembang denagn gadis tu.”

Hm ‘sakit’ ye

Kecewa nampak dia dah bahagia…

Alhamdulillah, moga berjodoh

Biarlah dia bahagia…

Memang ramai yang tumpang bahagia melihat Sufian Suhaimi kini dah mula jaIin huhungan semula.

Sufian Suhaimi sebelum ini ada mengatakan bahawa dia dah pun terbuka untuk menjalin hubungan dan gembira melihat rakan-rakan kini dah pun berkahwin.

“Saya gembira tengok sahabat sama-sama dengan saya bertemu j0doh dan tamatkan zaman bujang mereka.”

“Itu rezeki mereka, saya yakin setiap orang ada rezeki tersendiri yang ditetapkan oleh Illahi.”

Tentang ciri-ciri wanita atau gadis idaman, Sufian bukannya ada sebarang kriteria khas.

“Saya tak pernah letak apa-apa kriteria khas tentang calon isteri namun yang sebaik-baiknya biarlah seorang wanita yang baik dan elok budi pekertinya.”

Terdahulu, Sufian pernah mengikat tali pertunangan seorang pelakon popular pada 6 Oktober 2017, namun ikatan terlerai empat bulan selepas itu.

 

Sumber: TikTok @izzhaelmi , Instagram Sufian Suhaimi, OMM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*