
JAKARTA – Trend baharu yang tuIar di media sosial Indonesia dikecam kerana mendorong sebilangan remaja melakukan aksi berbahaya dengan melompat di hadapan lori yang sedang bergerak sehingga mengakibatkan kematian.
Menurut portal berita Coconuts, beberapa rakaman video memaparkan remaja melakukan aksi berbahaya itu menjadi tular, malah ada antara mereka yang maut dilanggar lori.
Satu kejadian yang berlaku minggu lalu menyaksikan seorang remaja berusia 18 tahun dari Tangerang, wilayah Banten m4ti selepas melompat di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak laju.
Sejurus lori itu berada hampir dengan mereka, ketiga-tiga remaja itu cuba mengelak, namun maIang bagi mangsa kerana dia gagal melakukan demikian.
Dia dilaporkan m4ti di tempat kejadian akibat dirempvh dan digilis lori tersebut.
Pemandu lori dilaporkan dit4han untuk membantu s1asatan.
Sementara itu, di Bandung, satu lagi kejadian serupa berlaku, di mana dua remaja lelaki dilihat melompat di hadapan sebuah lori yang sedang bergerak laju di sebatang jalan di bandar tersebut.
Seorang daripada mereka berjaya mengelak daripada diIanggar namun rakannya berusia 14 tahun diIanggar lori tersebut.
Polis berkata, kemaIangan itu menyebabkan tempurung kepala m4ngsa retak selain giginya turut patah. Dia masih dir4wat di hospital, kata polis.
Tonton Video:
Aksi nekat remaja menghentikan truk di Jl. Otista, Karawaci, Kota Tangerang telah memakan korban, Jumat (3/6/2022) siang.
“Baru kemarin dirazia, udah buat onar lagi. Mereka kumpul 10 orang lebih. 1 meninggal tertabrak kontainer,” ujar warga yang mengirim info melalui Whatsapp. pic.twitter.com/tipWrl30sf
— About Tangerang (@AboutTNG) June 3, 2022
Sumber: Kosmo
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply