
Baru-baru ini tular sebuah video rawatan alternatif bagi merawat pes4kit k4nser sehingga mendapat perhatian warganet.
Menerusi video yang dimuat naik di platform Twitter, dilihat seorang lelaki sedang melakukan pemeriksaan ke atas seorang pesakit k4nser paru-paru menggunakan sebuah alat khas yang mengeluarkan lampu berwarna biru.
Difahamkan alat tersebut dipercayai dapat menyembuhkan peny4kit k4nser p4ru-p4ru warga emas itu setelah melakukan sebanyak tiga kali rawatan.
Keberkesanan rawatan itu dapat dilihat apabila pes4kit yang sebelum ini terlantar di atas katil berjaya bangun dan duduk pada kerusi seperti biasa.
Perkongsian video berjaya meraih hampir 200k tontonan di Twitter itu telah menerima pelbagai respon di kalangan warganet, di mana ramai meluahkan kerisauan melihat orang awam lain ‘dit1pu’ oleh individu tidak bertanggungjawab.
Menurut Ikhwan, dia berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghantar pasukan penguatkuasa mereka bagi melakukan penyiasatan terhadap individu tersebut dan lain-lain yang mend4kwa dapat meny3mbuhkan penyakit k4nser.
Tolong lah @KKMPutrajaya pergi hantar pasukan penguatkuasa, siasat mamat ni dan lain lain orang yang claim boleh sembuhkan kanser. Kesian orang awam. Apa benda main tembak light saber boleh sembuh kanser, kalau betul kau dah menang Nobel Price Award Of The Century kot. pic.twitter.com/oDXRJt2CGl
— Ikhwan (@JatIkhwan) June 21, 2022
Siap ada laman web ya https://t.co/EBTyF8zSoG. Siap ada majlis pengijazahan Tenaga Dalam Illahi. Dah lah guna nama Tuhan. Aii masuk penjara je lah bagus orang gini. Laman web dia penuh dengan terma macam bio magnetik, kuasa kuantum bla bla bla. Aduhaiii menyirap! pic.twitter.com/zp6RmKE6NA
— Ikhwan (@JatIkhwan) June 21, 2022
Apa yang mengejutkan Ikhwan, individu berkenaan siap mempunyai majlis pengijazahan Tenaga Dalam Illahi seperti yang ditulis di laman sesawang.
Tidak cukup dengan itu, laman sesawang tersebut turut dipenuhi dengan terma seperti bio magnetik, kuasa kuantum dan sebagainya lagi.
Malah, individu tersebut dilihat mempunyai penyokong dan ada yang meminta Ikhwan untuk tidak masuk campur kerana ia adalah pilihan masing-masing, selain terbukti ia berkesan kepada mereka.
Bagaimanapun, ketika ini masih tidak dapat dipastikan akan keberkesanaan rawatan alternatif tersebut dan kejadian berkenaan berlaku di mana.
Sumber: OMM
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply