
SELEPAS setahun pemergian isteri tercinta, Allahyrham Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib memberitahu pernah berhasrat untuk mengubah suai kediaman mereka bagi mendapatkan suasana baru dan melupakan kenangan bersama arw4h.
Shuib, 38, bagaimanapun berkata dia terpaksa melupakan perancangan itu kerana dapat merasakan seolah-olah arw4h Sarah tidak bersetuju dengan keputusannya itu.
Shuib bersama ana-anak dan bapa Sarah, Raissuddin Hamzah.
“Selepas enam bulan arwh mninggal dunia pernah terfikir hendak ubah suai rumah untuk memberi suasana baru dan saya sudah berbincang dengan pereka dalaman.
“Bagaimanapun bulan lalu saya batalkan hasrat tersebut selepas saya mendapat mimpi sed1h.
“Dalam mimpi itu saya masuk ke rumah baharu, namun ketika itu tercari-cari arw4h tapi dia tiada. Ketika itulah saya sedar arw4h sudah mninggal dunia,” katanya kepada mStar.
Shuib ditemui di majlis bacaan tahIil sempena setahun pemergian Sarah.
Sarah menghembvskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi, 9 Ogos tahun lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat C0vid-19.
Gara-gara mimpi itu, Shuib berkata em0sinya terganggu seharian, namun dia nekad untuk terus tinggal di rumah yang sudah mereka diami hampir empat tahun.
Malah, sehingga kini Shuib masih menyimpan barang-barang peribadi milik arw4h untuk dijadikan kenangan.
Baju terakhir yang dipakai arw4h sebelum ke hospital saya masih simpan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arw4h
SHUIB
PELAWAK
“Barang-barang arw4h masih saya simpan. Kalau terkenang bolehlah lihat dan pegang.
“Baju terakhir yang dipakai arw4h sebelum ke hospital saya masih simpan. Itu jadi pengubat kerinduan terhadap arw4h,” ujarnya.
Untuk rekod, Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.
Ayash kini berusia setahun.
Beberapa hari sebelum mninggal dunia, Allahyrham menjalani pembed4han bagi mengeIuarkan b4yi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos tahun lalu yang diberi nama Ayash Affan.
Selain Ayash, Shuib dan Sarah juga dikurniakan tiga orang cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
(Video) Setahun pemergian Siti Sarah, Shuib per1t tanggvng rindu rasa seperti arw4h masih ada… Kini ibulah tempat menang1s!
TERDAHULU, hampir setahun pemerg1an isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin, peIawak Shuib Sepahtu berkata sehingga kini dia masih belum boleh melupakan kenangan manis bersama arwah.
Bagi mengisi kerinduan itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, berkata, dia banyak meluangkan masa bersama anak-anak bagi mengalih perhatiannya.
“Kadang-kadang orang kata saya kuat tetapi hakikatnya lemah kerana sentiasa menang1s dan saya akui sehingga saat ini masih belum lupakan arw4h Sarah, setiap hari akan memikirkan mengenai dia.
Shuib bersama empat cahaya matanya.
“Bila cerita mengenai kekuatan tu ada cuma kadang-kadang on-off, saya rasa itu mungkin perkara normal untuk manusia biasa untuk lalui dugaan ini.
“Cuma bila tengah sed1h tu, saya hubungi mak untuk luahkan segala rasa sed1h dan menang1s, kalau untuk anak-anak pula saya banyak luangkan masa bersama dengan bercuti,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Shuib berkata sepanjang setahun pemergian isterinya dia dapat merasakan seperti arw4h masih hidup, lebih-lebih lagi apabila melihat video dan foto kenangan yang dir4kam.
Bagaimanapun dia enggan terus melayan perasaan kerana menyedari anak-anak memerlukan dirinya sebagai kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu.
“Yang per1t tu bila saya rasa dia macam ada! Lagi pula bila admin Instagram milik arw4h kongsi video-video lama… rasa rindu tapi dia dah tak ada.
“Apabila tengok muka anak-anak saya tak boleh nak layan perasaan sangat, cuma terusik hati bila tengok kawan-kawan bahagia mengecapi kejayaan bersama orang rumah, tapi saya tak dapat begitu.
Cuma bila tengah sed1h tu, saya hubungi mak untuk luahkan segala rasa sed1h dan menang1s.
SHUIB
PELAWAK
“Namun saya bersyukur apabila dikurniakan anak-anak yang mendengar kata, baik semuanya,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan berkahwin lagi, Shuib berkata dia tidak menoIak sebarang kemungkinan itu memandangkan anak-anak masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
“Sarah memang berada di tempat yang istimewa dalam hati saya… tiada siapa boleh lawan tapi bila cerita mengenai j0.doh untuk masa depan saya tidak berani nak komen, lagi pun saya tidak boleh halang sekiranya ia sampai.
Shuib dan anak-anak ziarah pvsara arw4h Sarah.
“Saya serahkan semuanya pada Allah untuk tentukan tapi saya perlu utamakan anak-anak.
“Sekiranya ada wanita di luar sana mampu mengambil hati anak, ibu dan mertua saya dan mereka setuju, jadi mungkin dia layak untuk mengisi kekosongan ini… bukan kerana fikirkan tentang diri tetapi anak-anak,” ujarnya.
Sumber: mStar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply