Pernah tuIar wajah mirip Mira Filzah, Peserta Sabah Tracie Sinidol muncul juara Dewi Remaja 2022

PENCARIAN Dewi Remaja 2022 meIabuhkan tirai apabila peserta dari Sabah iaitu Tracie Sinidol diumumkan sebagai juara pertandingan itu yang diadakan pada malam Sabtu.

Kemenangan itu sekaligus menewaskan empat finalis peringkat akhir iaitu Siti Nur Aishah Bee Md Noor, Kimberly Chuah dan Noor Alyssa Ahmad Azim.

Hadiah serta mahkota Dewi Remaja disampaikan Juara Dewi Remaja Edisi 2019, Shaza Bae.

Tracie yang pernah tuIar selepas dikatakan mempunyai wajah mirip pelakon Mira Filzah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, sebuah trofi dan mahkota.

WhatsApp Image 2022-09-03 at 10.44.49 PMTracie bersama hadiah kemenangannya.

Manakala Siti Nur Aishah yang mendapat tempat kedua membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta trofi dan Kimberly di kedudukan ketiga mendapat RM5,000 berserta trofi.

Selain gelaran Dewi Remaja 2022, Tracie juga memenangi kategori Dewi Kegemaran manakala Dewi Inspirasi disandang oleh Keeranjit Kaur Darjit Singh dan Alyssa dipilih sebagai Dewi Aktif.

Pertandingan peringkat akhir itu diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Kesemua peserta diadali oleh barisan juri terdiri daripada Datuk Aznil Nawawi, Didie Alias dan Izara Aishah.

Pada malam kemuncak, kesemua sepuluh finalis diuji menerusi segmen pertama yang mana mereka perlu menghuraikan perkataan yang diberi secara r4wak.

Cabaran pusingan pertama kemudiannya melayakkan Tracie, Bee, Kimberly dan Alyssa sebagai calon Top 4 Dewi Remaja 2022.

Pusingan itu turut menyaksikan enam finalis lain tersvngkur iaitu Rasyiqah, Janani, Auni, Dina, Hyeley dan Zafira.

Pada pusingan kedua, keempat finalis diberi soalan kr1tis secara sp0ntan daripada barisan juri.

Tampil Dengan Konsep Berbeza, Perkenalkan 16 Finalis Dewi Remaja 2022 - REMAJA

Pencarian Dewi Remaja Edisi 2022 bermula pada Mac lalu, membabitkan 16 peserta akhir.

Rangkaian cabaran diberikan untuk mengasah kemampuan para finalis daripada pelbagai aspek berbeza sepanjang lapan minggu.

Peserta lain yang turut terpilih dalam Top16 dalam edisi kali ini ialah Fifi, Malle, Melissa, Iman, Reezlyn dan Keeran yang terlebih dahulu tersingkir pada minggu-minggu sebelum ini.

Malam kemuncak Dewi Remaja 2022 anjuran Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro ini dihoskan oleh Fikry Ibrahim.

Pertandingan akhir ini turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Noraniza Idris, Wani Kayrie, Amsyar Lee dan Isaac Voo.

Acara ini bersiaran langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada malam Sabtu.

Tampil Dengan Konsep Berbeza, Perkenalkan 16 Finalis Dewi Remaja 2022

Selepas dua tahun tidak bersiaran, tahun ini pencarian Dewi Remaja 2022 diteruskan dengan menampilkan 16 lagi finalis yang berjaya melepasi sesi ujibakat. Istimewanya tahun ini, team Remaja membuka peluang kepada lebih ramai peserta untuk menyertai pencarian Dewi Remaja kerana sesi ujibakat telah pun diadakan di empat buah negeri iaitu Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Lembah Klang.

Buat julung kalinya juga, pencarian Dewi Remaja 2022 memperkenalkan hos tetap, Fikry Ibrahim dan juri tetap, Rozita Che Wan. Fikr Ibrahim dipilih atas kriteria karisma, kebolehan mengendalikan program televisyen realiti dan pakej yang ditampilkan bersesuaian dengan imej program.

Manakala, pemilihan Rozita Che Wan sebagai juri tetap tunggal pada musim ini menyuntik satu kelainan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau diberikan tugas tersebut. Rozita Che Wan merupakan salah seorang finalis pada edisi pencarian Dewi Remaja 1994/1995 yang dimenangi oleh Wan Khatijah Wan Othman dan sejak itu telah meletakkan jenamanya sebagai pelakon, pengacara, usahawanita dan jurucakap produk terkenal di Malaysia.

Satu kelainan telah pun dibuat pada edisi pencarian Dewi Remaja kali ini apabila team produksi dan Remaja bersepakat untuk memilih 16 orang finalis bagi memastikan saingan menjadi lebih sengit di samping memberi pilihan yang luas buat juri tetap dan juri jemputan pada setiap minggu.

Siapakan 16 finalis bertuah tahun ini? Jom kita semak senarai finalis Dewi Remaja 2022 yang baru sahaja diumumkan pada sidang media yang berlangsung di Z Botanica by Nicsmann One Utama sebentar tadi.

AUNI

Siti Auni Safiya bt Yusri

22, Selangor

Pendidikan : Sarjana Muda Penyiaran, UiTM Shah Alam

Instagram : @auniyusrii

TikTok : @auniyusrii

FIFI

Fifi Filan Tisya bt Mohd Zain

20, Pulau Pinang

Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Instagram : @miss_fififilan

TikTok: @missfifi3

KEERAN

Keeranjit Kaur A/P Daljit Singh

25, Pahang

Pendidikan : Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Instagram : @keeranpraval

TikTok: @keeranpraval

REEZLYN

Nurshafeera Reezlyn Shamsul Azhar

18, Pulau Pinang

Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Instagram : @reezlynshafeera

TikTok: @reezlynshafeeraa

DINA

Dina Allysha bt Aminudin

21, Selangor

Pendidikan : Sarjana Muda Komunikasi Massa, UiTM Rembau

Instagram : @dinaallysha_

TikTok: @dinaallyshaa

MELISSA

Melissa Quek Ai Ying

20, Pulau Pinang

Pendidikan : SAT Level, Penang Ace Homeschool

Instagram : @xcmelaurell__

TikTok: @xcmelaurell__

HYELEY

Nur Hailee Izzati bt Mohd Azimzim

23, Perak

Pendidikan : Sarjana Muda Psikologi, University of Cyberjaya

Instagram : @hyeley

TikTok: @hyely

MALLE

Malle Christian Anderson Barlus

24, Sabah

Pendidikan : Diploma Pembinaan Bangunan, Kolej Vokasional Kudat

Instagram : @millehchristian

TikTok: @millehchristian

BEE AISHAH

Siti Nur Aishah Bee bt Md Nor

22, Johor

Pendidikan : Diploma Perfileman, UiTM Puncak Perdana

Instagram : @beeaishah_

TikTok: @beeaishah_

ZAFIRA

Zafira Natasya Yong

21, Johor

Pendidikan : Sarjana Muda Bahasa Inggeris Komunikasi Antara Budaya, UiTM Shah Alam

Instagram : @zafirayong

TikTok: @zafirayong

EIMAN

Wan Nurul Eiman bt Wan Zulkifli

24, Kuala Lumpur

Pendidikan : Sarjana Muda Pendidikan TESL, Universiti Malaya

Instagram : @emnwnzl

TikTok: @emnwnzl

KIMBERLY

Kimberly Chuah Ching Li

22, Kuala Lumpur

Pendidikan : Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

Instagram : @kimberly.chuah

TikTok: @kimberly.chuah

ALYSSA

Noor Alyssa bt Ahmad Azmi

20, Kuala Lumpur

Pendidikan : Sarjana Muda Kejuruteraan Kewangan, Multimedia University

Instagram : @alyssaazmi

TikTok: @alyssa.azmi

TRACIE

Tracie Sinidol

21, Sabah

Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Instagram : @traciesinidol_official

TikTok: @traciesinidol

RASYIQAH

Nur Rasyiqah bt Johan

20, Pulau Pinang

Pendidikan : Asasi Pengurusan, UNITAR International University

Instagram : @raasyiqa

TikTok : @rasyiqahjohan

JANANI

Janani A/P Baskaran

24 Tahun, Kuala Lumpur

Pendidikan : Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Trent University Kanada

Instagram : @jannybaskaran

TikTok: @jannybaskaran

Dengan menampilkan sokongan daripada jenama Kinohimitsu dan WonderDewi by WonderLab sebagai penaja bersama, pencarian Dewi Remaja 2022 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 16 Julai, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Selain bertanding menerusi cabaran episod yang ditayangkan, 16 finalis terpilih juga bertanding dari aspek populariti menerusi undian peminat yang dibuka bermula 8 Julai 2022 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Dewi Favourite 2022.

 

Sumber: mStar, Remaja

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*