“Agak-agak nak buat cerita”- TMJ BaIas Kenyataan Lelaki D4kwa Escort Baginda Punca Kereta TercaIar

Sejak semalam (6 November), tular di media sosial apabila seorang lelaki mend4kwa kereta dipandunya meIanggar penghadang jalan ketika sedang memberi laluan pada pengiring yang membawa golongan diraja.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter @Pio_Dhurjana, lelaki itu menyatakan kereta yang sedang diiring itu adalah milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Foto: Twitter/Pio_Dhurjana

“Tadi tengah traffic light (lampu isyarat) sesak gila, tiba-tiba bunyi siren, jadi kereta mengelak dan berhimpit ke kanan, dan aku pun kekanan sekali sampai tergesel divider (penghadang) tepi jalan, sekali yang lalu @HRHJohorII (Tunku Ismail), ingat kecemasan apa lah,” tulisnya.

Insurans ambil waktu hampir sebulan untuk baiki

Difahamkan, lelaki yang juga pengusaha kantin itu berkata, kereta tersebut jika menggunakan insurans bagi membaiki ker0sakan akan mengambil masa hampir sebulan di mana ia akan menjejaskan sumber pendapatannya.

Foto: Twitter/Pio_Dhurjana

“Kalau hantar insurans mahu sebulan dekat dalam, hantar bengkel tiga, empat hari dah siap, tapi aku ni pengusaha kantin, kereta kalau sebulan takda, nak bagi makan apa dekat staf, mungkin bagi dia benda remeh, tapi kereta ni bagi makan 3 orang yang berkeluarga,” tulisnya lagi.

“Saya tak keluar rumah pun hari ini” – TMJ

Bagaimanapun, Tunku Ismail dalam satu ciapan baIasnya men4fikan d4kwaan lelaki terbabit.

Baginda sebaliknya tidak kemana-mana pada waktu kejadian.

Tambah Tunku Ismail, taktik mengh4sut dan men1pu ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah hampir tiba tidak akan dapat menyelesaikan isu rakyat.

“Salam Encik. Nak buat cerita pun agak-agaklah. Saya tak keluar rumah pun hari ini. Saya faham PRU dah dekat, tetapi takt1k mengh4sut dan men1pu tidak akan selesaikan masaIah2 rakyat. Banyak lagi cara positif lain yg lebih efektif.”

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Lelaki itu terus mend4kwa kenyatan diberinya adalah benar

Tidak berakhir di situ, lelaki tersebut turut memberi respon baIasnya terhadap ciapan baginda dengan mend4kwa dirinya bercakap benar serta dia tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.

Foto: Twitter/Pio_Dhurjana

Tambahnya, kejadian dikatakan berlaku di jalan menghala ke Pasir Pelangi, Johor Bharu pada pukul 7:03 malam.

“Walaikumsalam Tengku, saya rasa tak rabun lagi, boleh check pukul 7:03 dekat jalan menghala ke pasir pelangi, kereta no plat TMJ berwarna krim dengan escort polis bermotor, apa-apa pun saya takda kene mengena dengan politik.”

Setakat artikel ini ditulis, tiada apa-apa maklumat tambahan atau kenyataan dari pihak polis. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak.

 

Sumber: Buzzkini

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*