Saya Sedia Dipec4t, Tetap Tidak Akan Bersama PH – Ismail Sabri

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan bersedia untuk dipec4t, lapor Bernama.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh anaknya, Nina Ismail Sabri menerusi Instagram Story pada hari ini.

Nina telah memuat naik satu t4ngkap Iayar yang memaparkan perbualan Ketua-Ketua Bahagian UMNO dalam aplikasi WhatsApp.

“Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” kata Nina menerusi kiriman itu.

May be an image of text that says 'ninaismailsabri See translation 214 KETUA2 BHG UMNO MALA... Dato Seri Tajuddin typing. PM Ds Ismail Sabri Saya sedia dipecat.. bersama PH tdk akan 1:32 PM Dato Seri Tajuddin KB Pasir Salak DS. 1:33PM Dato Abbas KB Batu Yes DSIS. kita semua di pecat 1:33 PM Biar tak Biartakberkuasajntkbrprinsp berkuasa, jgn tak berprinsip.'

Sokong PH atau PN? Hanya Dewan Tertinggi boleh pvtuskan – Ismail Sabri

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya Dewan Tertinggi Barisan Nasional mempunyai kuasa untuk memutuskan sokongan bagi pembentukan kerajaan Persekutuan.

Naib Presiden UMNO itu menegaskan, kesemua ahli Parlimen bertanding atas tiket BN dan bukannya UMNO.

Oleh itu, keputusan perjalanan pembentukan kerajaan mesti ditentukan oleh Dewan Tertinggi dan bukannya biro politik UMNO.

Katanya, Dewan Tertinggi BN sepatutnya bermesyuarat malam tadi namun ia telah dibatalkan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pekarangan Hotel Seri Pacific pagi ini.

Tiada rundingan rasmi dengan PH 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir dalam majlis perjumpaan Ahli Parlimen BN dengan PH, hari ini. NSTP/Eizairi ShamsudinDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika hadir dalam majlis perjumpaan Ahli Parlimen BN dengan PH, hari ini. NSTP/Eizairi Shamsudin

Pemimpin Barisan Nasional (BN) dilihat masih berdoIak daIih berhubung pembentukan kerajaan campuran antara gabungan parti itu dan Pakatan Harapan (PH) walaupun sudah jelas kelihatan mereka mengadakan pertemuan bersama di Hotel Seri Pacific, di sini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika ditemui pemberita berkata, tiada rundingan rasmi dengan PH dibuat di Hotel Seri Pacific ini, sebaliknya mereka menerima kunjungan pemimpin pakatan itu sebagai ‘tetamu’.

Malah beliau berkata, sehingga kini akuan bersumpah (SD) bagi menamakan calon Perdana Menteri juga belum ditandatangani.

Katanya, BN juga sudah meminta penangguhan penyerahan SD kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

“Tidak bincang apa..tak berunding… tetamu datang rumah kita layan, borak biasa.

“Rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) ke dengan PH ke semua tak buat lagi.

“Ye lah, dia (PH) datang takkan kita tak layan. kita borak borak, salam salam macam biasa,” katanya kepada pemberita, di sini.

Wee Ka Siong TerkiIan Pertemuan Khas BN Turut Dihadiri Pemimpin PH

Sementara itu, di Facebook, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meIuahkan rasa terkiIan apabila pertemuan khas membabitkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel di ibu negara pagi tadi, turut dihadiri pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Pemimpin PH turut hadir

Menurut Ka Siong, beliau menerima notis jemputan menghadiri pertemuan bersama Ahli Parlimen BN itu pada pukul 11.23 semalam, namun jemputan itu tidak memaklumkan ia turut dihadiri beberapa pemimpin PH. Tambah beliau, rasa terkilan itu timbul apabila pemimpin PH turut hadir dalam perjumpaan ini.

Pagi tadi saya menghadiri perjumpaan Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN pada jam 10 pagi di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. Saya menerima notis melalui aplikasi WhatsApp daripada Setiausaha Kerja BN pada jam 11.23 malam semalam mengenai perjumpaan hari ini hanya melibatkan ahli-ahli Parlimen BN. Satu sidang media telah diadakan selepas perjumpaan yang hanya melibatkan Ahli Parlimen BN dan puluhan wartawan telah membuat liputan. Saya terkilan apabila sebaik saja tiba di Seri Pacific Hotel, pemimpin-pemimpin PH turut hadir dalam perjumpaan ini.

Saya tidak tahu sama ada ianya telah pun diatur terlebih awal atau pun satu kebetulan. Perlu ditegaskan tiada sebarang perjumpaan di antara Ahli Parlimen BN dan wakil PH berlangsung ketika saya berada di Seri Pacific Hotel dari 10 pagi hingga 12 tengahari. Apa yang pasti, saya hanya menghadiri perjumpaan bersama Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN sahaja.

Ujar Ka Siong lagi, selepas perjumpaan dan sidang media bersurai, beliau tidak terlibat dalam mana-mana perbincangan, pertemuan sama ada kebetulan atau tidak dengan pemimpin-pemimpin PH. Tegasnya, apa jua keputusan yang dibuat oleh BN perlu mendapat persetujuan dan mandat daripada Dewan Tertinggi BN.

 

Sumber: Bernama, BH Online, MG, Ohbulan

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*