“Eh, sempat main mata”- Pemuda tergeIak kamera live RTM lalu didepan ketika solat Jumaat, netizen syak jenis mudah terhibur

BAGI kaum Hawa yang tidak berpeluang ke masjid, mereka boleh mengikuti bacaan khutbah serta menonton siaran langsung solat Jumaat menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pada Jumaat, para penonton turut disajikan dengan tindakan spontan seorang lelaki yang tergelak kecil ketika sedang menunaikan solat di sebuah masjid.

Menerusi siaran langsung itu, lelaki berkenaan dipercayai sedang menunaikan solat sunat sebelum dia menyedari dirinya bersama jemaah lain sedang dirakam oleh kamera RTM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dia yang tersenyum malu kemudiannya dilihat mengalihkan pandangan mata sebelum menekup mulutnya dengan tangan untuk menahan ketawa.

“MaIu-maIu pula abang ni,” tulis Noramira Che Din yang memuat naik rakaman itu ke aplikasi TikTok.

Menurut Noramira, dia tidak berniat membuka aib, sebaliknya berkongsi video kerana terhibur dengan gelagat pemuda itu yang dirasakan comel.

Senyum itu sedekah. Satu Malaysia dia sedekahkan.

NETIZEN

“Bukan nak buka aib abang ni tau. Up sebab dia comel je,” jelasnya lagi.

Dalam tempoh sehari, video itu meraih 1.3 juta tontonan netizen menerusi platform berkenaan.

Malah, rata-rata netizen turut meIuahkan rasa terhibur dengan aksi spontan pemuda tersebut.

“Weh sejenis mudah terhibur ni memang susah, nak-nak tengah soIat. Kadang dah rakaat akhir dah kot.

“Aku pun kalau kamera tala muka aku, auto jadi maIu nak tergeIak. Tak boleh control.

“Senyum itu sedekah. Satu Malaysia dia sedekahkan.

solatT4ngkap layar video yang sedang tular di TikTok.

“Apa ni tak khusyuk? KeIakarlah abang ni.

“Eh sempat pula dia main mata dengan kamera,” tulis beberapa netizen.

Di ruangan komen, beberapa individu turut mempersoalkan sekiranya sah atau tidak solat pemuda berkenaan selepas dia dilihat ketawa dalam rakaman itu.

Untuk rekod, pend4kwah Ustaz Azhar Idrus pernah berkongsi mengenai topik ‘ketawa ketika solat’ menerusi posting di Facebook pada Februari 2018.

Muslim make a pray for Christchurch shooting tragedy at National Mosque in Kuala Lumpur after friday prayer. FAIHAN GHANI/The Star.Siaran langsung ketika solat Jumaat itu ditayangkan oleh RTM pada Jumaat lalu. (Gambar Hiasan)

“Ketawa di dalam solat jika banyak membatalkan solat dan jika sedikit dan bukan sengaja maka dimaaf. Ada pun senyum maka tidaklah membatalkan solat sekalipun lama ia tersenyum. Wallahua’lam,” tulisnya di Facebook.

Selain itu, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang juga pernah berkongsi mengenai topik itu menerusi laman Twitter miliknya.

“Ketawa sehingga mengeluarkan suara yang berhuruf membatalkan sembahyang mengikut Ibnu Munzir dengan ijma para ulama.

“Imam Nawawi menegaskan ba4al apabila suara dua huruf. Ada pun tersenyum sahaja tanpa mengeluarkan suara tidak membatalkan sembahyang,” tulisnya pada Julai 2020.

 

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*