Dilantik Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Jamal & Ummi Nazeera jelaskan hal sebenar

KUALA LUMPUR: Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, 63, menjelaskan peIantikannya sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) bukan agenda peribadi.

Sebaliknya, kata Jamal, ia sebagai tanda sokongan terhadap misi badan bukan kerajaan (NGO) itu untuk menjadikan semangat perpaduan, kasih sayang dan saling menghormati sebagai teras utama bagi melihat Malaysia menjadi negara maju serta makmur.

“Penyertaan saya dalam MN mungkin disebabkan pandangan berkaitan perpaduan dan muafakat antara kaum yang sering saya lontarkan dalam pelbagai kumpulan WhatsApp, selain diajak sendiri oleh Presiden MN, Tan Sri Annuar Musa.

“Sebagai artis, saya memang kena berhati-hati agar penyertaan saya tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

“Ia juga tiada unsur politik dan saya juga tidak gemar berpolitik. Malah, ia juga bukan agenda peribadi.

“Saya hanya mahukan negara makmur dan kerajaan yang stabil demi masa depan serta kesenangan rakyat termasuk anak dan cucu saya,” katanya kepada BH Online.

Jamal mengambil sikap berhati-hati agar penyertaan dalam MN tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.Jamal mengambil sikap berhati-hati agar penyertaan dalam MN tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Tambah penyanyi Kekasih Awal dan Akhir itu, sebagai seorang yang menyokong perpaduan kaum, dia teringin untuk melihat sikap toleransi lebih banyak diamalkan termasuk dari segi pentadbiran kerajaan.

“Saya menyokong penuh penubuhan kerajaan perpaduan hari ini. Mungkin selepas ini, jika ada individu berpotensi dan boleh bekerja walaupun berada di pihak pembangkang, saya harap boleh diberikan jawatan dalam kabinet.

“Apabila kita melantik individu daripada parti lawan, secara tidak langsung dapat memenangi hati pengundi supaya mereka dapat membangunkan negara seperti zaman 1920-an dan 1930-an.

“Pada masa itu, semua kaum bersama-sama membanting tulang untuk memajukan dan memakmurkan negara.

“Kaum Cina di bahagian ekonomi, India pula di estet, manakala orang Melayu dalam sektor pertanian dan peladangan,” ujar Jamal.

Terdahulu, perlantikan penyanyi bervokal mantap itu sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN diumumkan Annuar pada sidang media di pejabat MN, di sini, hari ini.

Selain Jamal, pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ummi Nazeera turut dilantik Ahli Dewan Tertinggi MN.

Ummi Nazeera sertai Muafakat Nasional, suami rungkai kekeIiruan, akan haIang jika tidak neutral

PELAKON Ummi Nazeera tular menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional.

Ummi Nazeera atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin viral di portal media tempatan menjadi salah seorang Ahli Dewan Tertinggi pertubuhan itu.

Suami Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani tampil menjelaskan tentang isu terbabit dan menekankan NGO yang disertai isterinya tiada kaitan dengan parti politik.

“Saya mengambil maklum mengenai tuIarnya isu isteri saya menyertai Muafakat Nasional, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah seorang ahli.

“PERTUBUHAN MUAFAKAT NASIONAL INI BUKANNYA SEBUAH PARTI POLITIK DAN JUGA TIDAK MERUJUK KEPADA PAKATAN PARTI UMNO DAN PAS YANG DIBENTUK PADA TAHUN 2019.

“Setelah saya amati, pertubuhan Muafakat Nasional ini bepegang kepada matlamat-matlamat yang mampu memberi kebaikan kepada masyarakat,” katanya.

Jelas Dr Mohd Izzar, Ummi Nazeera akan mengambil pendekatan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, beliau perlu bersikap neutral serta tidak menggunakan platform beliau untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang berunsurkan politik secara terang-terangan.

“Jika tidak, saya akan menjadi orang pertama yang akan menghalang beliau. Semoga sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Selamat maju jaya kepada pertubuhan Muafakat Nasional,” kongsinya.

Menerusi tinjauan SinarPlus, Muafakat Nasional didaftarkan oleh pengasasnya, Datuk Shahrul Nizam Yunos pada 19 September 2019 manakala Datuk Seri Annuar Musa merupakan presiden.

Terkini, NGO berkenaan telah menerima pendaftaran lebih 20,000 orang dari seluruh negara.

MN tidak akan terbabit gerakan politik – Annuar

May be an image of 1 person

Terdahulu, Muafakat Nasional (MN) akan kekal sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan tidak terbabit dalam gerakan politik.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, berkata MN akan memainkan peranan menanam nilai serta kefahaman kenegaraan yang berasaskan tiga prinsip, iaitu kasih sayang, perpaduan dan saling menghormati.

Beliau menjelaskan, keahlian MN terbuka kepada semua, termasuk ahli parti politik, dan sudah menerima penyertaan hampir mencecah 20,000 orang, setakat hari ini.

Katanya, antara yang menjadi ahli dan dilantik sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN ialah Datuk Seri Tengku Idris Sultan Abu Bakar; bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar; pakar perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz; dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Selain itu, penyanyi, Datuk Jamal Abdillah, dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof serta Ummi Nazeera Nurhidayah Zainul Abidin.

“Harus ada usaha tersusun untuk melatih rakyat, terutama generasi muda supaya dapat memahami… yang mana jika rasa bertanggungjawab mahu membangunkan negara, kita menanam nilai ini dengan cara teratur.

“Di sinilah kita rasa MN boleh memainkan peranan, di mana anggotanya adalah daripada pelbagai parti dan sebagaimana NGO lain, kita melakukan sekadar yang termampu.

“Kita tidak akan menjadi satu badan yang glamor, kaya-raya, kuat serta meng4ncam sesiapa. Kita mahu mengambil pendekatan positif dan konstruktif,” katanya pada sidang media di pejabat MN, di sini, hari ini.

Menjelaskan lanjut, Annuar berkata, antara inisiatif awal MN ialah melancarkan Sekolah Memahami Pemahaman Negara (SEMPURNA) yang meliputi semua elemen nasionalisme tinggi berteraskan prinsip Rukun Negara.

Ditanya sama ada MN akan menyertai Gerakan Tanah Air (GTA) yang menghimpunkan parti politik dan NGO pula, Annuar berkata, MN tidak akan memasuki mana-mana gabungan politik.

“Itu pendirian kita. Kalau kita buat begitu, ia akan meIanggar (peraturan) Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Jadi, kita akan kekal sebagai NGO. Kita bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan atau sesiapa saja demi kebaikan negara,” katanya.

(Gambar fail) Tan Sri Annuar Musa - FOTO BERNAMA(Gambar fail) Tan Sri Annuar Musa – FOTO BERNAMA

Noh, Zuraida, Jamal antara Ahli Dewan Tertinggi MN – Annuar

Dalam pada itu, Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dipilih sebagai Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN).

Pengerusi MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, seramai 30 individu telah dipilih sebagai Ahli Dewan Tertinggi MN.

Turut dipilih Kerabat Diraja Pahang, Tengku Idris Sultan Abu Bakar, Dr. Mohd. Zuhi Marzuki (Pas), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejvang), Chua Hock Kuan (MCA), Subash Chandrabose (MIC) dan Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abiddin (pelakon).

Annuar berkata, pemimpin Pas seperti Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Nik Abduh Nik Aziz serta bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman juga menjadi ahli MN.

Sementara itu, beliau menjelaskan, MN sebagai sebuah parti politik tidak didaftarkan selepas mendapat arahan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagaimanapun MN sebagai NGO telah didaftarkan pada 19 September 2019 oleh Datuk Shahrul Nizam Yunos yang merupakan Ketua Cawangan UMNO Batu Pahat.

Muafakat Nasional adalah NGO bukan gerakan politik - Tan Sri Annuar Musa | The Merdeka Times

“Saya tidak kenal Datuk Shahrul Nizam pada waktu itu. Dia datang jumpa saya dan memaklumkan bahawa dia telah mendaftar MN dengan ROS sebagai NGO, bukan Muafakat Nasional politik itu belum diluluskan.

“Ringkas cerita saya setuju sertai NGO ini. Keahliannya baru tujuh, lapan orang saya dilantik sebagai presiden bulan April tahun lalu,” jelasnya.

Katanya, MN hanya aktif selepas beliau tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum lalu.

Sebagai sebuah pertubuhan NGO, MN tidak akan terlibat dengan sebarang gerakan politik kepartian.

Bagaimanapun MN membuka keanggotaan kepada semua individu berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira fahaman politik dan agama.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Tun Dr. Mahahir Mohamad turut memberi sokongan kepada MN dalam pertemuan dengan bekas perdana menteri itu semalam.

“Saya sangat bersyukur kerana Tun memberi dokongan yang kuat. Tun menzahirkan keb1mbangan beliau tentang kedudukan orang Melayu.

“Tun bercakap dengan saya panjang lebar bahawasanya malah kalau tidak jadi kesaIahan dalam tempoh 20 tahun akan datang kalau tidak berbuat sesuatu kedudukan orang Melayu dalam negara ini sudah tidak lagi sudah lagi tidak menjadi seperti mana yang hasarat ketika negara mula dimerdekakan.

“Tun kata apa-apa sahaja usaha yang boleh membawa kebaikan kepada negara khusus orang Melayu dia sedia memberi sokongan,” kata Annuar.

Beliau berkata, sehingga kini hampir 20,000 orang telah memohon untuk menjadi anggota MN.

NGO itu berpegang teguh kepada lima matlamat yang termaktub Perlembagaan antaranya memperkasakan agenda Islam, Melayu dan bumiputera.

 

Sumber: BH Online, Sinarplus, Utusan, FMT

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*