
PENYANYI Mas Idayu akhirnya membuka mulut memberi komen terhadap persembahan duo Sissy Imann dan Naim Daniel di pentas akhir Famili Duo pada malam Ahad.
Mas atau Mas Idayu Mesnun, 51, memuji persembahan pertama pasangan sepupu itu menerusi lagu Sumpah bagi tema Anugerah Juara Lagu.
Kata Mas, Sissy dan Naim sebenarnya memiliki bakat dan suara yang baik, namun hanya pada minggu keenam mereka ada membuat kesilapan.
“Saya jenis kalau tak suka cakap tak suka. Bagi saya malam ini vokal mereka adalah yang terbaik daripada sepanjang persembahan mereka di Famili Duo.
Mas Idayu memuji persembahan Sissy dan Naim.
“Saya ikhlas ni. Daripada segi harmoni, vokal, nyanyian semua terbaik. Cuma hanya satu minggu yang mereka siIap sampai mereka tidak sedar yang mereka sebenarnya terbaik.
“Keseluruhannya Mummy (panggilan Mas) sangat suka,” katanya.
Sementara itu, Ajai hanya menegur persembahan mereka terg4nggu kerana hiIang fokus dengan sorokan peminat.
“Dari minggu pertama hingga akhir kamu ada prinsip kamu iaitu konsep pementasan teater.
“Props kamu guna dengan betul. Cuma satu, bila kamu naik atas pentas, kamu sudah kena fokus betul-betul.
“Kamu dah tertinggal satu perkataan dalam nyanyian. Bila atas pentas, kamu kena fokus. Abaikan sorakan peminat kerana kamu kena fokus pada nyanyian,” ujarnya.
Untuk persembahan pertama ini, Mas memberikan mereka sebanyak 8 markah dan Ajai memberi 7 markah.
Terdahulu, Mas memilih untuk ‘membatu’ dan kelihatan seakan merajuk apabila juri tetap itu tidak mahu memberikan sebarang komen kepada persembahan Sissy dan Naim.
Meskipun hos Sean Lee meminta penyanyi dangdut itu mengulas mengenai persembahan mereka, namun Mas tidak langsung menghiraukannya.
Mas dilihat sedang sibuk menulis sesuatu di atas kertas tanpa memandang wajah Sissy dan Naim di atas pentas.
Mas Idayu pernah m4rah Zaki dan Yamani, Jamal Abdillah tunjuk ‘thumbs up’
SEMENTARA itu, penyanyi Datuk Jamal Abdillah dilihat hadir bagi memberi sokongan buat dua anaknya iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah yang merupakan finalis pentas akhir Famili Duo pada malam Ahad.
Itu adalah kemunculan pertama Jamal memberi sokongan kepada Zaki dan Yamani sejak mereka bertanding menerusi program itu sejak 18 Disember lalu.
Pada peringkat akhir itu, Zaki dan Yamani mempersembahkan lagu medley tema Anugerah Juara Lagu (AJL) Potret nyanyian asal Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (Sekumpulan Orang Gila dan Shila Amzah).
Apa lebih membanggakan dua beradik itu menerima pujian daripada dua juri tetap Famili Duo iaitu Mas Idayu dan Ajai.
Zaki dan Yamani memberikan persembahan bertenaga.
Mas Idayu berkata, segala teguran yang diberikan sejak minggu pertama menjadikan pasangan adik-beradik itu berhasil menunjukkan peningkatan drast1k dalam persembahan mereka.
“Mummy (panggilan Mas) suka progress awak. Dari awal awak menjvnam, tapi nampak peningkatan tu.
“Sebab tu kalau mummy m4rah maksudnya mummy mahu kamu buat yang terbaik. Malam ini kamu sudah pun buktikan kerana memang banyak peningkatan pada persembahan kamu,” katanya.
Malah, Mas turut bertanyakan kepada Jamal sama dia menyimpan perasaan m4rah sekiranya dia memarahi dan menegur kedua-dua anaknya itu.
Jamal bagaimanapun menunjukkan thumbs up sebagai tanda dia tidak mempunyai sebarang masaIah jika anak-anaknya dim4rahi atas teguran yang diberikan Mas.
Untuk rekod, selain Zaki dan Yamani, pentas akhir Famili Duo turut menampilkan barisan finalis termasuk Sissy Imann dan Naim Daniel, Wanie Kayrie dan Bella Astillah serta Ayda Jebat dan Fyna Jebat.
Program peringkat akhir itu sedang bersiaran secara langsung di TV3.
Sumber: mStar
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply